BAB 7: PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN
7.1 MATLAMAT & BENTUK PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN
MATLAMAT PERJUANGAN:
· Mempertahankan
hak & kedudukan pemerintah tempatan
· Mengembalikan
& mengekalkan sistem pentadbiran tradisional
· Menentang pentadbiran
baharu yang menyusahkan hidup rakyat tempatan
- Abdul Said Bin Omar dikenali sebagai Penghulu Naning Seri Merah Raja Dol Said
- Dilahirkan: 1773,suku Semelenggang
- Menentang cukai 1/10 dikenakan British,mendakwa Naning negeri merdeka
- Bermuafakat dengan pemimpin Rembau dan orang Melayu dari wilayah lain untuk menentang British,berjaya mengumpul 4000 hulubalang
- Perang Naning Pertama (1831) berjaya menggunakan senapang Snider Riffles, flintlock, meriam kecil yang mudah dibawa ke medan pertempuran
- British memecahbelahkan pakatan
- Perang Naning Kedua (1832),Dol Said tidak diberikan bantuan,British menakluki Taboh,menyatukan Naning dengan Melaka.
Yamtuan Antah-Negeri Sembilan
- Anak Raja Radin Yamtuan Besar Negeri Sembilan
- Dilantik sebagai Yamtuan Seri Menanti (1875)
- Menentang campur tangan British di Sungai Ujong,bimbang British meluaskan kuasa
- Memimpin 4000 pengikut menentang Dato’ Kelana
- Mematahkan serangan British pada peringkat awal,kubu semulajadi terlalu ampuhdi bukit yang tinggi, halangan ranjau, pokok tumbang bahagian hadapan, berbukit bukau, dikelilingi hutan tebal
- British mengalahkannya di Paroi dan Bukit Putus menggunakan meriam besar untuk menghancurkan kubu
- Yamtuan kehabisan peluru dan kekurangan ubat bedil
- Berunding dengan Gabenor NNS, William Jervouis (1876),dilantik sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti,Berundur ke Johor
Dato’ Bahaman-Pahang
- Abdul Rahman Bin Imam Noh,dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah kematian Orang Kaya Indera Segar
- Hilang hak mengutip cukai,pembinaan balai polis tanpa pengetahuannya
- Gerakan menentang British bantuan Tok Gajah, Mat Kilau (1891)
- Menawan Kota Tembeling, Jeram Ampai (1894)
- British menghantar Kolonel Walker menawan semula Jeram Ampai
- Berundur ke Kelantan dan Terengganu,berakhirnya Perang Pahang
Rentap-Sarawak
- Nama asal: Libau
- Rentap=penggoncang dunia
- Lahir:1800,digelar Raja Ulu dan Raja Darat
- Pemimpin orang Iban Sungai Skrang & Sungai Saribas
- Dituduh sebagai lanun,petempatan orang Iban dihapuskan James Brooke
- Menyerang kubu Nanga Skrang (1853) Alan Lee pegawai James Brooke terkorban
- James menyerang kubu Sungai Lang (1854), Rentap mengundur ke Bukit Sadok
- Charles menggempurnya di Bukit Sadok (1857-1858) Rentap mengundurkan Charles dengan keutuhan kubu Bukit Sadok, kawasan curam, bukit tinggi, dikelilingi hutan rimba, bukit batu kapur, halangan kayu belian dua kaki tidak boleh ditembusi peluru,meriam”Bujang Timpang Berang” diperbuat daripada besi
- Charles menggempur kubu Bukit Sadok kali ketiga ( 1861),Menggunakan meriam tembaga”Bukit sadok”, angkatan besar,Rentap Berundur ke Entabai,meninggal dunia
Sharif Masahor-Sarawak
- Pembesar Sarikei kawasan Sungai Rajang,dilantik oleh Sultan Abdul Mumin Brunei (1849)
- Berasal dari: Kampung Igan
- Kewibawaan tergugat,Sarikei diletakkan di bawah pentadbiran Brooke
- Mahu mengusir Brooke & mengembalikan kuasa pembesar
- Mengadakan pakatan (1860) Dato’ Patinggi Abdul Gapur & Pengiran Temenggung Hashim Jalil dari Sadong,mengajak Melayu dan Dayak
- Menyerang Kanowit,membunuh 2 pegawai British. British tidak dapat membuktikan beliau terlibat
- Sharif menggunakan jalan air menyerang Kuching dari barat,Dato’ Patinggi menyerang dari timur. Brooke mematahkan serangan dengan kapal perang, senjata moden
- Dibuang negeri
Abad Ke-20
Tok Janggut-Kelantan
- Nama asal:Haji Hassan bin Munas
- Lahir:1853,Kampung Jeram,Pasir Puteh,Kelantan
- Pendidikan:pondok di Kelantan & Makkah
- Menentang kekerasan pentadbiran,menentang peraturan cukai,bersemangat jihad
- British mendesak Sultan Muhammad IV Kelantan mengisytiharkannya sebagai penderhakaan
- terhadap Sultan,menyebabkan rakyat takut dan tidak menyokongnya
- (29 April 1915) mesyuarat Kampung Tok Akib memboikot pengenalan cukai
- Merancang menyerang Pasir Puteh dan mendapat sokongan daripada Haji Said, Penghulu Adam, Che Ishak Merbol
- British menyerang Tok Jaggut berkubu di Kampung Dalam Pupuh Saring,Tok Janggut terkorban
Mat Salleh-Sabah
- Mohammad Salleh,Inanam,Sabah
- Keturunan: Bajau & Suluk
- Menentang tindakan SBUB mengambil alih hak memungut cukai
- Cuba berunding dengan SBUB namun gagal,dianggap mengancam kepentingan SBUB
- Menyerang pusat pentadbiran British di Pulau Gaya (Julai 1897),membina kubu di Ranau
- (November 1897) menyerang Ambong
- Cowie berunding dengannya di Menggatal (1898), dibenarkan mentadbir Tambunan
- SBUB tidak menepati janji,mengambil alih pentadbiran Tambunan (1899)
- Tentera SBUB menyerang kubu di Teboh,Tambunan secara besaran,Mat Salleh gugur dalam pentempuran di Tambunan (1900)
Mat Sator-Sabah
- Orang kanan,Ketua Leftenan Mat Salleh,bertanggungjawab melindungi kubu di Tibabar
- Pemimpin Kadazandusun di Tambunan,dikenali sebagai Mat Jator
- Memperjuangkan kedaulatan tanah air,meneruskan perjuangan selepas kematian Mat Salleh
- Membina kubu di Kampung Kapayan Lama Tambunan,kubu Mat Sator berhampiran kubu Mat
- Salleh di Tibabar untuk melambatkan serangan British
- Kota strategik kerana di tebing Sungai Sunsuron membekalkan sumber air
- British berusaha menamatkan kebangkitan mereka (1900),Mat Sator dan pengikutnya berundur ke Sungai Sunsuron
- (April 1900) Mat Sator Berjaya menawan Kudat,British menyerang balas menyebabkan Mat Sator terkorban
Dato’ Maharaja Lela-Perak
- Dato’ Maharaja Lela Pandak Lam,keturunan Daeng Salili anak Raja Bugis,berasal dari daerah Luwuk,Sulawesi
- Orang Besar Berlapan Perak yang mentadbir Pasir Salak
- Menentang British kerana mengambil alih kuasa Sultan,pengambilan hak mengutip cukai,mencabuli adat resam Melayu
- (16 Oktober 1874) Sultan Abdullah dan pembesar Perak mengupah R.C.Woods peguam Pulau Pinang memansuhkan Perjanjian Pangkor tetapi gagal
- Memerlukan sokongan British, tidak diberikan masa cukup untuk meneliti perjanjian
- (21 Julai 1875) mesyuarat di Durian Sebatang, mengangkat sumpah tidak memungkari keputusan dicapai
- (5 September 1875) mesyuarat di rumah Dato’ Sagor,bersumpah meminum air keris merahsiakan pakatan sulit
- (12 September 1875) mengadakan mesyuarat khas malam di Istana Sultan Ismail di Belanja,jumlah 7 kali mesyuarat
- (2 November 1875) J.W.W.Birch diiringi Leftanan Abbott, Mat Arshad, jurubahasnya, pasukan tentera tiba di Pasir Salak untuk menampal perisytiharan mengambil hak memungut cukai,J.W.W. Birch dibunuh oleh Dato’ Maharaja Lela & pengikutnya
- (1877) Dato’ Maharaja Lela,Dato’ Sagor,Pandak Indut,Siputum dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh British
- Sultan Abdullah,Raja Ismail,Ngah Ibrahim dibuang negeri
Haji Abdul Rahman Limbong-Terengganu
- Ketua gerakan Kebangkitan Tani,Keluarga dari Patani dan Terengganu
- Lahir: 1868, meninggal dunia 1929
- Menentang pentadbiran Barat,menolak undang tanah yang berlawan hukum syarak
- Petani Kuala Telemong menentang peraturan baharu dengan membersihkan tanah tanpa mengampil pas kebenaran (1922)
- Berkumpul di Kuala Telemong membersihkan 200 ekar tanah milik Tengku Nik Maimunah dan 400 ekar tanah kerajaan (1925
- Beliau memohon lessen wakil (pleader) menjadi wakil tertuduh (penduduk Ulu Telemong) menentang renjer hutan
- Tanah ialah “Hak Allah SWT”, rakyat bebas mengerjakannya tanpa membayar cukai,menuntut hak mengerjakan tanah mengikut hukum agama Islam
- Peguam cara (pendakwa) gagal menjelaskan pertanyaannya menyebabkan perbicaraan ditangguh, berakhir tanpa keputusan,ditamatkan keputusan berpihak kepada beliau
- Kebangkitan Tani (1928) di Marang, Kuala Telemong, Kuala Berang, mengisytiharkan perang terhadap British, menduduki balai polis, bangunan kerajaan, mengibarkan bendera merah di Kuala Berang
- Beliau ditangkap atas tuduhan menghasut dan dibuang negeri ke Makkah
7.2 KESAN SISTEM PENTADBIRAN BARAT
KESAN TERHADAP KUASA PEMERINTAHAN
(i)
Pentadbiran Tempatan
Negeri Sembilan > mencabar
kedudukan Yamtuan Antah.Menguasai Rembau,Jelebu,Seri Menanti dengan menempatan
Pegawai Majistret & Pemungut Hasil. Menyatukan daerah membentuk Negeri
Sembilan (1895).
Pahang > hilang
kuasa memungut cukai,memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato’ Setia
Perkasa Pahlawan Semantan daripada Dato’ Bahaman yang memalukan beliau
Perak > memberi
tekanan kepada Sultan Abdullah untuk menandatangani surat pengisytiharan yang membolehkan
Residen British mentadbir hasil negeri atas nama sultan
Kelantan > ketua
jajahan mengambil alih kuasa pembesar.Memindahkan Pusat Pentadbiran jajahan
Pasir Puteh dari Jeram ke Pasir Puteh. Engku Besar Jeram hanya diberi jawatan
rendah iaitu Tok Kweng Muda
Terengganu > pelantikan
Penasihat British di Kuala Terengganu,Penolong Penasihat British di Besut serta
Kemaman menggugat kekuasaan sultan
Sabah > mencabar
kuasa dan kewibawaan Mat Salleh
Sarawak > Brooke melibatkan penduduk dalam
pentadbiran. Pembesar berpengalaman dilantik mentadbir untuk memudahkannya
menghapuskan kebangkitan pemimpin tempatan
(ii)
Perundangan
Tempatan
Naning > mencabar
kuasa penghakiman dimiliki Dol Said,mengganggu sistem perundangan Naning yang
berlandaskan Adat Perpatih
Perak > pembinaan
balai polis,pelantikan Kapten Speedy sebagai Penolong Residen Larut menyebabkan
Menteri Ngah Ibrahim kurang kuasa mentadbir
Pahang > konflik Dato’
Bahaman dengan British menjadi serius.Tindakan British mendirikan balai polis
di Lubuk Terua menyebabkan kedudukannya sebagai penguasa undang-undang tergugat
(iii)
Kewangan
Tempatan
Perak > Pembatalan
pajakan pungutan cukai,larangan mengutip cukai oleh J.W.W.Birch di Kuala Sungai
Perak menyebabkan pendapatan Sultan Abdullah,Ngah Ibrahim & pembesar Perak
terjejas
Pahang > Dato’
Bahaman dan pembesar di Semantan tidak dibenarkan memungut cukai,ditawarkan
elaun bulanan kecil sebanyak $70.00 sebulan,para pembesar membantah tidak akan
mematuhi keputusan Majlis Mesyuarat Negeri
KESAN TERHADAP KEHIDUPAN MASYARAKAT
(i)
Kesengsaraan kepada rakyat
(ii)
Masalah membayar cukai
(iii)
Bercanggah dengan nilai tempatan
(iv)
Layanan tidak adil
7.3 PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP KUASA BARAT
KEKUATAN - Muafakat (Dato’
Maharaja Lela) (Sharif Masahor) Kubu Pertahanan (Yamtuan
Antah) (Rentap) (Mat Sator) Persenjataan (Dol Said) Perundangan (Haji Abdul Rahman Limbong)
KELEMAHAN-Penentangan Bersenjata (Yamtuan
Antah) Ancaman Perundangan Barat (Haji Abdul
Rahman Limbong) Gagal Mentafsir
Perjanjian (Dato’ Maharaja Lela) Tipu Muslihat (Tok
Janggut) (Mat Salleh)




No comments:
Post a Comment