8.0 KEBIJAKSANAAN
RAJA DAN PEMBESAR MELAYU MENANGANI CABARAN BARAT
Raja-raja Melayu berpakat untuk membina strategi bagi menangani cabaran Barat. Para Pembesar Melayu berusaha untuk melakukan pemodenan di negeri masing-masing.
8.1 REAKSI
PEMERINTAH NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA DAN JOHOR TERHADAP TINDAKAN BARAT
Protokol Sempadan Perjanjian Bangkok 1909
-
Garis
sempadan berdasarkan legeh dan lembah sungai
-
Bermula
dari utara muara Sungai Perlis di sebelah barat dan berakhir di muara Kuala
Tabal di sebelah timur.
-
Pulau
Langkawi dan pulau-pulau di bahagian selatan menjadi kepunyaan British.
-
Pulau
Terutau dan pulau-pulau di bahagian utara milik Siam.
Pemerintah dari Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis mempersoalkan hak
British dan Siam untuk tentukan masa depan politik negeri-negeri Melayu tanpa
lakukan rundingan dengan mereka terlebih dahulu.
Reaksi Pemerintah Perlis
-
Perlis
telah kehilangan wilayah Pujoh yang terletak di sebelah utara Sungai Perlis
kepada Siam melalui Protokol Sempadan Perjanjian Bangkok 1909.
-
Raja
Syed Alwi Jamalullail membantah tindakan Siam yang mengambil wilayah Pujoh dan
masukkan ke dalam wilayah Setul.
-
Wilayah
Pujoh sepatutnya menjadi sebahagian daripada Perlis kerana sebelum itu Pujoh
ini telah ditadbir oleh kerajaan Perlis melalui Penghulu Kuala Perlis.
Reaksi Pemerintah
Kedah
-
Sultan
Abdul Hamid Halim Shah tersinggung kerana tidak dibawa untuk berunding perihal
negeri baginda.
-
Kedah
kehilangan wilayah Sadao, Setul, Pulau Teratau, Butang dan wilayah
sekitar-sekitarnya kepada Siam mengikut Protokol Sempadan Perjanjian Bangkok
1909.
-
Sultan
Abdul Hamid Halim Shah tegaskan bahawa sempadan baharu antara Kedah dan Siam
harus ditentukan ikut kriteria sempadan yang sedia ada.
-
Baginda
amat murka dan mengatakan yang baginda tidak akan memaafkan pihak yang menjual
negeri Kedah seperti menjual seekor kerbau.
Reaksi Pemerintah
Terengganu
-
Pelbagai
pihak di Terengganu terutamanya dalam kalangan sultan, ulama dan pembesar tidak
menerima sama sekali Perjanjian Bangkok.
-
Sultan
Zainal Abidin III mengecam tindakan Siam serahkan Terengganu kepada British
tanpa pengetahuan baginda dan tanpa mempertahankan pentadbiran kedaulatan
negeri.
-
Baginda
tegaskan bahawa Siam tidak ada sebarang hak ke atas Terengganu.
-
Baginda
ulangi kenyataan mengenai penghantaran bunga emas bukan menandakan Terengganu
adalah jajahan Siam tetapi itu sebagai tanda persahabatan.
-
Pada
24 Mei 1909, baginda kemukakan bantahan kepada Gabenor Negeri-negeri Selat.
Reaksi Pemerintah
Kelantan
-
J.S
Mason dan wakil Siam datang menghadap Sultan Muhammad IV di Kota Bharu
maklumkan persetujuan Siam dan British melalui Perjanjian Bangkok 1909. Namun
begitu, Sultan Muhammad IV menolak perjanjian berkenaan.
-
Sultan
Muhammad IV kecewa dengan tindakan British dengan menyerahkan wilayah Tabal
yang dihuni kira-kira 15 000 orang melayu kepada Siam.
Kedudukan Johor yang penting kepada perkembangan British menarik minat British untuk campur tangan tetapi pemerintah Johor sentiasa berhati-hati dalam sebarang tindakan agar tidak terjatuh bawah kawalan British.
Kewibawaan Temenggung Daeng Ibrahim (1825-1862)
1. Menjamin keselamatan perairan
-
Pastikan
perairan Johor dan Singapura selamat untuk perdagangan.
-
Mendapat
penghargaan pedang keemasan daripada Ratu Victoria kerana wujudkan keamanan
perairan.
2. Mengasaskan Bandar Iskandar Puteri
-
Pindahkan
pusat pentadbiran dari Teluk Belanga, Singapura ke Tanjung Puteri bagi elakkan
tekanan British.
-
Isytihar
Tanjung Puteri sebagai ibu negeri Johor dan dinamakan Bandar Iskandar Puteri.
3. Memodenkan pentadbiran negeri
-
Mempelopori
biokrasi moden.
-
Memperkukuh
sistem tradisional dengan unsur baharu dari Barat seperti pendidikan moden.
4. Mengeksploitasi hasil hutan
-
Keluarkan
hasil hutan terutama getah perca untuk dijual kepada pedagang British.
-
Perdagangan
getah tersebut menguntungkan hingga Temenggung isytihar sebagai monopoli Johor.
5. Memperkenalkan sistem kangcu
-
Galakkan
kemasukkan orang Cina untuk usahakan tanaman gambir dan lada hitam.
-
Pada
tahun 1860-an, Johor menjadi pengeluar gambir dan lada hitam terkemuka di Alam
Melayu.
8.2 TINDAKAN RAJA
MELAYU DALAM MENANGANI CABARAN BARAT
1. Durbar di Kuala Lumpur 1903
-
Sultan
Perak, Sultan Idris Murshidul Adzam Shah kritik pemusatan kuasa di tangan
Jeneral dan desak dilaksanakan langkah kembalikan kuasa kepada institusi raja.
-
Baginda
desak bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan kerajaan ditambah dan diberi
jawatan yang lebih tinggi.
-
Yang
di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhammad ibni Yamtuan Antah tuntut
agar bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi persekutuan.
2. Durbar di Pekan, Pahang 1932
-
Sultan
Perak, Sultan Iskandar Shah desak dengan tegas agar kuasa pemerintahan
dikembalikan kepada Raja-raja Melayu dan Majlis Negeri dalam semua aspek
pemerintahan negeri.
3. Durbar di Klang, Selangor 1937
-
Yang
di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman gesa British untuk
berikan peluang perkhidmatan kepada buruh dari rumpun Alam Melayu khususnya
orang jawa gantikan buruh Cina dan India di negeri-negeri Melayu.
-
Sultan
Pahang, Sultan Abu Bakar Riayutuddin Al-Muazzam Shah desak British berikan
perhatian kepada masalah orang Melayu yang tidak mempunyai pekerjaan atau
tanah.
4. Durbar di Seri Menanti, Negeri
Sembilan 1939
-
Sultan
Selangor, Sultan Hisamuddin Alam Shah cadangkan untuk tubuhkan Malay Girls
College yang sama tarafnya dengan Malay College Kuala Kangsar untuk tingkatkan
pendidikan kaum wanita.
1. Diplomasi Sultan Abu Bakar Johor
Kebijaksaan diplomasi dan dasar persabahabatan baginda dengan British berjaya kekalkan kedaulatan Kesultanan Johor hingga tahun 1914.
-
Adakan
hubungan baik dengan kerajaan Negeri-negeri Selat
·
British
kekalkan kawasan Teluk Belanga di Singapura sebagai milik Kesultanan Johor.
·
Baginda
dan kerabatnya tinggal di Singapura hingga 1889 dan berpindah ke Johor.
-
Kunjungan
ke England betemu dengan Ratu Victoria
·
Dikurniakan
gelaran Maharaja Johor pada 1868.
·
Meredakan
tekanan Gabenor Negeri-negeri Selat.
·
Diberi
kepercayaan untuk selesaikan pertikaian di negeri-negeri Melayu.
-
Tubuhkan
lembaga Penasihat Johor di London
·
Baginda
melantik ahli dalam kalangan British yang berpengaruh.
·
Membantu
menasihati baginda dalam hal pentadbiran.
2. Diplomasi Sultan Zainal Abiddin III Terengganu
Kebijaksanaan diplomasi dan sikap Patriotik baginda membolehkan Terengganu menyekat kemasukan Penasihat British sehingga tahun 1919.
-
Kebijaksanaan
dalam rundingan
·
Merupakan
pemerintah yang berani untuk pertahankan kedaulatan negeri.
·
Berangkat
ke Singapura dan berunding dengan Gabenor Negeri-negeri Selat selepas
Perjanjian Bangkok 1909.
-
Tandatangani
Perjanjian British-Terengganu 1910
·
Hasil
rundingan membawa kepada Perjanjian Tahun 1910 yang meminda Perjanjian Bangkok
1909.
·
Baginda
hanya bersetuju tandatangani perjanjian apabila British mengakui Terengganu
negeri yang merdeka.
·
Terengganu
hanya terima wakil British yang tidak mempunyai kuasa dalam pentadbiran negeri.
1.
Penasihat British di Perlis
-
15
Julai 1909: British lantik Meadow Frost sebagai Penasihat British di Perlis.
-
1909:
British dan Perlis tidak terikat dengan sebarang perjanjian rasmi walau berlaku
pemindaan naungan Siam kepada British.
-
28
April 1930: Perjanjian Perlis-British yang ditandatangani menjadikan Perlis
secara rasmi negeri Melayu terakhir menerima naungan British.
-
Perjanjian
tersebut tingkatkan kawalan Penasihat British kepada pentadbiran negeri melalui
Majlis Mesyuarat Negeri Perlis.
2.
Penasihat British di Kedah
-
15
Julai 1909: British hantar W.G Maxwell sebagai Penasihat British di Kedah.
Tetapi keenggan menerima kehadirannya menimbulkan pergeseran dengan Majlis
Mesyuarat Negeri Kedah yang diterajui Tunku Mahmud.
-
Majlis
Mesyuarat Negeri Kedah menentang langkah W.G tuntut surat rasmi mesti melalui
Residen Jeneral dan ditulis dalam bahasa Inggeris. W.G cabar identiti negeri
dengan ketepikan nama Kedah dalam surat rasmi dan kibarkan bendera Union Jack
di kediamannya.
-
1
November 1923: Perjanjian Kedah-British.
-
Kedah
berjaya kekalkan identiti negeri Melayu seperti penggunaan bahasa Melayu dalam
pentadbiran dan perundangan, penggunaan kalendar hijrah, cuti umum pada hari
Jumaat dan keutamaan melantik pegawai Melayu dalam pentadbiran walaupun dibawah
naungan British.
3.
Penasihat British di Kelantan
-
1910:
Perjanjian ditandatangani antara Kelantan dan British selepas British melakukan
rundingan wujudkan perjanjian lain kerana Sultan Muhammad tidak menerima
Perjanjian Bangkok.
-
Kandungan
perjanjian ;
·
J.S
Mason dihantar ke Kelantan sebagai Penasihat British
·
Sultan
Muhammad perlu ikut dan laksanakan nasihat Penasihat British dalam semua
perkara kecuali berkaitan adat Melayu dan agama
·
Sultan
Kelantan tidak dibenarkan buat hubungan luar tanpa melalui Penasihat British
4.
Penasihat British di Terengganu
-
1910:
Sultan Zainal Abidin III enggan terima Penasihat British dan hanya terima wakil
British yang tidak punyai kuasa dalam pentadbiran negeri.
-
24
Mei 1919: Sultan Muhammad II didesak tandatangani Perjanjian British-Terengganu
selapas Sultan Zainal Abidin III mangkat.
-
Perjanjian
tersebut menjadikan status wakil British ditukar kepada Penasihat British dan
membenarkan untuk campur tangan dalam segala hal ehwal pentadbiran kecuali
agama Islam dan adat Melayu.
-
Penasihat
British pertama di Terengganu ialah J.L Humphreys.
-
1918-1920:
Sultan Muhammad II lebih banyak berunding dengan pembesar negeri berbanding
Penasihat British.
-
1920:
Sultan Muhammad II turun takhta dan diganti kepada Sultan Sulaiman Badrul Alam
Shah kerana British marah dan menggangap baginda penghalang dasar British di
Terengganu.
1.
Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor
-
Digubal
pada 14 April 1895 oleh Sultan Abu Bakar untuk jadi Johor negeri Melayu pertama
yang amalkan sistem raja berperlembangan dan berunsur demokratik.
-
Kandungan
undang-undang mempunyai 64 fasal ;
·
Sultan
tidak boleh serahkan negeri dan kerajaan Johor kepada sebarang kuasa asing.
·
Menteri-menteri
dan Jemaah Pangkuan Kerajaan tidak boleh serahkan negeri kepada kerajaan asing.
·
Jemaah
Menteri terdiri daripada bangsa Melayu, rakyat Johor dan beragama Islam.
·
Ahli
Majlis Mesyuarat Johor mesti terdiri daripada rakyat Johor.
·
Agama
Islam sebagai agama negeri selama-lamanya.
·
Raja
dan kerajaan Johor kekalkan hubungan baik dengan kerajaan lain terutamanya
British.
-
Kepentingan
Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor ;
·
Untuk
imbangi kuasa British dan pertahankan identiti negeri.
·
Untuk
membentuk kerajaan berasaskan demokrasi bagi menggantikan pemerintahan bercorak
mutlak.
·
Langkah
ini memberikan kesan kepada rancangan British untuk kuasai Johor.
2.
Undang-undang Bagi Diri Kerajaan
Terengganu
-
Sultan
Zainal Abidin III menggubal pada 2 November 1911.
-
Kandungan
undang-undang mempunyai 53 fasal ;
·
Kerajaan
Terengganu ialah kerajaan Melayu Islam.
·
Islam
asas perundangan negeri.
·
Sultan
Terengganu tidak boleh serahkan Terengganu kepada sebarang kuasa asing.
·
Sultan
Terengganu yang serahkan mesti turun takhta.
·
Menteri
besar beragama Islam dan rakyat Terengganu.
·
Ahli
Mesyuarat Negeri boleh terdiri daripada orang bukan Islam tapi mesti rakyat
Terengganu.
-
Kepentingan
Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu ;
·
Sebagai
langkah Sultan Zainal Abidin III untuk mantapkan pentadbiran dan memelihara
kedaulatan negeri.
·
Untuk
kukuhkan perpaduan dalam kalangan raja, pembesar dan rakyat jelata.
·
Kekuatan
hubungan antara raja dapat menghalang campur tangan British.
1.
Pemodenan Johor
-
Sultan
Abu Bakar dengan kerjasama Majlis Jemaah Menteri teruskan pemodenan pentadbiran
yang dipelopori oleh Temenggung Daeng Ibahim.
-
Bersama
pembesar berwibawa tubuhkan pelbagai jabatan untuk uruskan pembangunan rakyat
dan negeri.
-
Sultan
Abu Bakar digelar “Bapa Pemodenan Johor”.
2.
Pemodenan Kedah
-
Sultan
Abdul Hamid Halim Shah digelar “Bapa Kedah Moden” dibantu oleh pembesar negeri
dalam jayakan pembangunan negeri.
-
Akhir
abad ke-19, Kedah wujudkan Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Tanah dan Ukur,
Jabatan Audit, Pejabat Besar Pos dan Telekom, Mahkamah Keadilan dan Pasukan
Polis Kedah.
3.
Pemodenan Terengganu
-
Sultan
Zainal Abidin dan Yang Dipertuan Muda Tengku Muhammad tubuhkan Jemaah Mesyuarat
Kerajaan dan Jemaah Menteri sejak 1912.
-
Seterusnya
tubuhkan Pejabat Setiausaha Kerajaan, Pejabat Perbendaharaan, Pejabat
Pesuruhjaya Keadilan, Pejabat Agama dan Pelajaran, Pejabat Kerja Raya dan
Pejabat Pesuruhjaya Hutan.
8.3 USAHA PEMBESAR
MELAYU DALAM PEMODENAN NEGERI
1. Pembangunan Sosioekonomi
Long Jaafar
-
Membawa
kemajuan di Larut dan perkenalkan negeri Melayu sebagai pengeluar utama bijih
timah di pasaran dunia.
-
Galakkan
pusat pengajian agama dan bina sekolah Melayu Matang pada tahun 1826 untuk
berikan pendidikan kepada anak tempatan.
Tengku Menteri Ngah Ibrahim
-
Temui
Sultan Abu Bakar untuk pelajari sistem pentadbiran moden untuk majukan daerah
Larut.
-
Dibuang
negeri ke Pulau Seychelles dan meninggal dunia di Singapura pada tahun 1895.
2. Pembangunan Pertanian
Wan Muhammmad Samad
-
Dikenali
sebagai Tokoh Pembangunan Negeri Kedah.
-
Cetus
Idea membina Terusan Wan Muhammad Samad bermula dari Alor Setar hingga kaki
Gunung Jerai, Gurun.
-
Banyak
tanah dibuka untuk penanaman padi dan banyak terusan kecil dibina.
3. Pembangunan Bandar
Dato’ Muhammad Salleh bin Perang
-
Melukis
peta lengkap pertama Johor untuk memudahkan kerajaan gerakkan pembangunan
pertanian, perbandaran dan sistem perhubungan.
-
Pembukaan
Bandar Maharani (Muar), Endau dan Bandar Penggaram (Batu Pahat).
4. Pentadbiran dan Pendidikan
Dato’ Jaafar dan Pendidikan
-
Arahkan
bendera Union Jack dikibarkan lebih rendah daripada bendera negeri Johor.
-
Martabatkan
Bahasa Melayu dalam surat rasmi kerajaan.
-
Pegawai
British yang berkhidmat di Johor wajib pakai pakaian rasmi kerajaan Johor.
Dato’ Abdul Rahman bin Andak
-
Kabijaksanaan
mematahkan usaha peluasan kuasa British menyebabkan beliau dibersarakan
daripada pentadbiran Johor atas desakan British.
-
Perintis
penubuhan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa 1888 merupakan badan
persuratan terulung ketika itu.
Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi
-
Galakkan
perkembangan pendidikan moden melalui penubuhan Jabatan Pelajaran pada tahun 1883.
-
Jawatan
Kuasa Pelajaran Negeri terdiri daripada tokoh biokrat, agama dan masyarakat.
-
Desak
wartakan pendidikan wajib kepada anak-anak Johor.
Syiekhul Islam Terengganu
-
Tokoh
penting dalam memberikan nasihat dan semangat perjuangan kepada Sultan ketika
berhadapan perluasan kuasa British di Terengganu.
5. Ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan
-
Dato’
Abdullah Haji Dahan dan Raja Chulan tuntut pembentukan Rejimen Askar Melayu
Diraja untuk jaga keselamatan bangsa dan desak British untuk buka lebih banyak
peluang pekerjaan kepada anak-anak watan khususnya perkhidmatan awam.
6. Kepimpinan Tempatan di Sarawak dan Sabah
Datuk Hakim Iwang Abang Haji Murshidi
-
Bersama-sama
Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah dan Abang Haji Bolhassan tubuhkan Sekolah
Kajang khas bagi kaum wanita pelajari ilmu agama.
-
Pada
1925 dilantik sebagai Datuk Hakim dan sebagai Ahli Majlis Tertinggi dan Majlis
Negeri Sarawak. Pada tahun 1932 dilantik sebagai Datu Imam.
-
Mengasaskan
Majlis Syuyukh Islam dan kemudiannya dikenali sebagai Majlis Islam Sarawak.
Orang Kaya-kaya Haji Mohammad Arshad
-
Menjaga
keamanan, mengutip cukai, menguruskan hal dan majukan pertanian dalam
masyarakat tempatan.
-
Menjadi
hakim di Mahkamah Anak Negeri.
8.4 KEBERKESANAN
PERANAN PEMERINTAH TEMPATAN DALAM MENANGANI CABARAN BARAT
-
Peranan
pemerintah tempatan dengan sokongan pembesar negeri berjaya membawa kemakmuran
negeri dan lambatkan peluasan kuasa British.
1. Kemakmuran Negeri
2. Melambatkan Peluasan Kuasa British
3. Kemajuan Pendidikan
4. Penubuhan Rejimen Askar Melayu Diraja
5. Pegawai Tadbir Melayu
6. Mempertahankan Institusi Beraja



No comments:
Post a Comment