BAB 2 : PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT
2.1 PELUASAN KUASA BRITISH DI PULAU PINANG, SINGAPURA DAN MELAKA
LATAR BELAKANG SEBELUM PELUASAN KUASA BRITISH
· Pulau Pinang: wilayah Kesultanan Kedah, Batu Uban(pelabuhan paling awal) dibuka oleh orang Melayu Sumatera dan diahugerahkan bagi membalas jasanya membantu menentang Siam.
· Singapura: wilayah Kesultanan Johor Riau, ladang gambir diusahakan oleh orang Melayu dan Cina di Singapura
· Melaka: 1511, ditawan oleh Portugis, 1642-1824, menjadi tanah jajahan Belanda sebagai pusat pengumpulan hasil bijih timah, Belanda mementingkan Betawi di Pulau Jawa sebagai pusat perdagangan utama
PELUASAN KUASA BRITISH DI PULAU PINANG
Kedudukan Strategik Memenuhi Keperluan British
· Pusat pengumpulan barang: mengumpul bahan tukaran dengan China
· Pelabuhan persinggahan: memudahkan penjelajahan ke rantau Asia Pasifik, laluan perdagangan India dan China
· Pangkalan tentera: mempertahankan petempatan di India daripada Perancis dan saingan Belanda, Bombay di pantai barat India sukar mengwal petempatan Madras di pantai timur India
Kronologi pendudukan British di Pulau Pinang
· Sultan Muhammad Jiwa melantik Tunku Abdullah sebagai Raja Muda Kedah tetapi di tentang oleh Kerabat Diraja Kedah bersama Bugis di Selangor. Baginda memohon bantuan SHTI yang kemudian menghantar Edward Monckton untuk rundingan tetapi gagal kerana SHTI tidak menjamin Kedah daripada ancaman musuh.
· Siam menuntut penghantaran bunga emas yang terhenti semasa Perang Siam-Burma semasa pemerintahan Sultan Abdullah. Baginda meminta bantuan SHTI , menawarkan Pulau Pinang sebagai pengkalan dan mendapatkan bantuan ketenteraan. Baginda meminta Francis Light, pedagang persendirian untuk menyampaikannya kepada Gabenor Jeneral British di India.
· Francis Light berjanji SHTI akan memenuhi syarat, Sulatan Abdullah menawarkannya membuka petempatan di Pulau Pinang(1786) sementara menunggu jawapan SHTI. Pulau Pinang dinamakan Prince of Wales Island. Petempatan dinamakan Georgetown, nama Raja England.
Pengukuhan Kuasa British melalui Perjanjian
· 1786,Siam menakluk Patani dan mengancam Kedah. Sultan Abdullah meminta bantuan daripada SHTI tetapi tiada perjanjian. Baginda menyedari ditipu dan menghimpun tentera di seberang perai untuk mengambil balik Pulau Pinang. Baginda ditewaskan dan dipaksa menandatangani perjanjian (1791) mengiktiraf kedudukan British.
· George Leith, Gabenor Pulau Pinang mendesak Sultan Dhiauddinmenandatangani perjanjian( 1800) membolehkan British menduduki Seberang Perai sebagai benteng pertahanan dan kawasan pertanian.
PELUASAN KUASA BRITISH DI SINGAPURA
Kepentingan Singapura kepada British
· Bangkahulu berada di luar Alam Melayu,kebanyakan kapal berlabuh di Betawi, Riau dan Lingga bawah pengaruh Belanda
· British memerlukan pelabuhan. Singapura strategic di selatan Semenanjung Tanah Melayu dapat mengwal kegiatan perdagangan Selat Melaka dan Selat Sunda serta sebagai pusat pengumpulan hasil ekonomi Alam Melayu.
Pertapakan British di Singapura
· Sultan Mahmud Shah III mempunyai duo orang putera. 1812, baginda mangkat, Tengku Abdul Rahman hadir semasa pemakaman di Lingga tetapi Tengku Hussein berada di Pahang.
· Tengku Hussein ditabalkan sebagai Sultan Johor dan mendapat iktiraf daripada orang Belanda dan Bugis. Tengku Hussein diketepikan dan berundur menetap di Riau.
· Stamford Raffles memujuk Temenggung Abdul Rahman menjemput Tengku Hussein ke Singapura. Dua Sultan: Sultan Abdul Rahman bersemayam di Lingga dan Sultan Hussein bersemayam di Singapura
Perjanjian Mengukuhkan kuasa British di Singapura
· Perjanjian 6 Februari 1819: Stamford Raffles dan Sultan Hussein, Temenggung Abdul Rahman. Petempatan British diiktiraf, bendera Union Jack dinaikkan, Willian Farquhar sebagai Residen pertama
· Perjanjian 2 Ogos 1824: Residen Singapura, John Crawfurd menandatangani perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman. Singapura diserahkan selama-lamanya, Sultan dan Temenggung hilang kedaulatan, diberi bayaran pampasan dan pencen bulanan seumur hidup
Peluasan kuasa British di Melaka
· Menamatkan Perikaian British dan Belanda berkaitan Singapura: British memajukannya dalam tempoh singkat,yakinnya sebagai pelabuhan bebas dan pangkalan tentera penting. Belanda mendakwanya bawah lingkungan Belanda, menuntut British berundur, bimbang kemajuannya menjejaskan perdagangan Betawi.
· Dasar persahabatan British dan Belanda di Eropah: Belanda dekat dengan Britain. Melalui perang Napolean, Belanda ditewas Perancis dan berundur ke England menandatangani Surat Kew. Belanda perlu berbaik-baik dengan British yang menjagajajahannya . British mengambil pengalaman perancis menjadikan Belanda sebagai pangkalan menyerang Britain.
· Penyelesaian untuk perdamaian: mengelakkan perperangan abad-17,18. Belanda terbeban dengan masalah kewangan selepas Perang Napoleon
2.2 PERJANJIAN LONDON 1824 DAN KESANNYA TERHADAP ALAM MELAYU
· Syarat: British berundur dari Sumatera, menyerahkan Bangkahulu, tidak membuka petempatan di Kepulauan lain. Belanda mengiktiraf petempatan British di Singapura, menyerahkan Melaka dan Naning tidak bertempat di Tanah Melayu
· Pembahagian Alam Melayu kepada Dua Lingkungan Pengaruh Barat: Selat Melaka dan Selat Singapura menjadi sempadan, meminggirkan kedaulatan Alam Melayu, Tanah Melayu( British), Hindia Timur Belanda
· Perpecahan Empayar Johor Riau: Singapura menjadi tanah jajahan British, Sultan Hussein meninggalkan Kampung Gelam, Singapura berpindah ke Bandar Hilir Melaka. 1911, institusi Kepulauan Riau Lingga di bawah Sultan Abdul Rahman dihapuskan oleh Belanda. Diperintah oleh Residen Riau. Bendahara Tun Ali cuuba membebaskan Pahang daripada Kesultanan Johor Riau berikutan pergolakan. 1853, Pahang berdaulat dengan muafakat pembesar.
· Selat Melaka di bawah penguasaan British: tiga perlabuhan strategic
2.3 Pembentukan Negeri-Negeri Selat Pengenalan
Brtisih mengukuhkan penguasaan di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka dengan menubuhkan unit pentadbiran Negeri-negeri Selat
Negeri-Negeri Selat dibentuk pada tahun 1826 dan dibubarkan pada tahun 1946.
Latar Belakang Pulau Pinang, Singapura dan Melaka Sebelum Pembentukan Negeri-Negeri Selat
i. Pulau Pinang
Ditadbir oleh Francis Light sebagai Pesuruhjaya
Menjadi pelabuhan bebas dan menguasai perdagangan dengan negeri-negeri Melayu
Seorang Gabenor mentadbir Pulau Pinang
ii. Singapura
Ditadbir oleh Residen
Menjadi pelabuhan bebas
Menjadi pusat pertemuan pedagang persendirian (dikenali juga sebagai pedagang
negeri, mereka merupakan bekas pedagang SHTI) yang mengumpulkan hasil alam Melayu untuk diperdagangkan dengan China
iii. Melaka
Ditadbir oleh seorang Residen Konsular
Sistem Kapitan diteruskan bagi tujuan keamanan kaum
Suku-suku kaum diletakkan di bawah seorang ketua kaum yang berperanan penegak
undang-undang
Bagi masyarakat luar Bandar, tanggungjawab tersebut diserahkan kepada penghulu
Negeri-Negeri Selat
Ditubuhkan pada tahun 1826 dengan penggabungan Pulau Pinang, Singapura dan Melaka.
Bertujuan untuk menjimatkan perbelanjaan dan menyeragamkan pentadbiran
Kepentingan pembentukan Negeri-negeri Selat kepada British:-
1) British dapat menguasai Selat Melaka sebagai laluan utama perdagangan di Alam Melayu 2) Taraf pelabuhan bebas Negeri-negeri Selat berjaya menarik pedagang Alam Melayu dan
luar seperti Arab, India, China ,Eropah dan Amerika Syarikat
2.4 Pedtabiran negeri negeri selat
3) Negeri-negeri Selat menjadi pusat pengumpulan hasil dari Alam Melayu untuk menyaingi pelabuhan Belanda
4) Negeri-negeri Selat menjadi pintu masuk buruh luar untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi British.Ini menyebakan wujudnya masyarakat berbilang kaum
5) Menarik penanaman modal oleh pelabur menyebabkan perkembangan Negeri-Negeri Selat berlaku dengan pantas.
Hubungan Negeri-Negeri Selat dengan Negeri-negeri Melayu:
i. Negeri Selat memerlukan hasil ekonomi negeri-negeri Melayu perdagangan dan melaburkan modal untuk memajukan perlombongan bijih timah
ii. Negeri-negeri Melayu memerlukan pelabuhan Negeri-Negeri Selat untuk memperdagangkan hasil ekonomi.
Kesan pembentukan Negeri-Negeri Selat :
i. membolehkan British menguasai laluan perdagangan di antara India dan China
ii. mengukuhkan ekonomi negeri-negeri Melayu
iii. menyaingi penguasaan Belanda di Alam Melayu
Faktor pemindahan pentadbiran Negeri-negeri Selat ke Pejabat Tanah Jajahan London ialah:-
1) Tiada wakil Negeri-negeri Selat dalam Majlis Perundangan India yang meluluskan undang-undang bagi Negeri-negeri Selat
2) Pejabat India gagal mengawal masalah rompakan terhadap kapal-kapal dagang dan pertelingkahan kumpulan Cina Negeri-negeri Selat
3) Mata wang rupee India menggantikan mata wang Dolar Sepanyol di Negeri-negeri Selat
4) Cadangan mahu mengenakan cukai pelabuhan di Negeri-negeri Selat akan menjejaskan
kemakmuran taraf pelabuhan bebas
5) Imej Negeri-negeri Selat sebagai pusat perdagangan terjejas kerana Pejabat India menjadikan NNS
tempat buangan banduan
Pada 1 Apri 1867, Negeri-negeri Selat diisytiharkan sebagai tanah jajahan British dan diletakkan di bawah tanggungjawab Pejabat Tanah Jajahan London
Majlis Perundangan ditubuhkan di Negeri-negeri Selat untuk meluluskan undang-undang sendiri.
Majlis Eksekutif pula berperanan menguruskan hal pentadbiran
Mohammad Eunos Abdullah merupakan orang Melayu pertama menganggotai Majlis Perundangan
Negeri-negeri Selat.
Iktibar dari peristiwa pembentukan dan pentadbiran Negeri-negeri Selat ialah:-
i. Kepentingan mempertahankan keistimewaan yang ada di Negara kita daripada dieksploitasi
oleh orang asing
ii. Pentadbiran yang sistematik dan urus tadbir yang baik penting bagi melindungi kepentingan
Negara kita.
iii. Dalam mempertahankan Negara daripada serangan musuh, kita perlu sentiasa cakna dengan
perangcangan strategik kuasa asing
iv. Perancangan strategik mendepani musuh Negara hanya mampu dicapai dengan sikap
kerjasama dan permuafakatan sesama warganegara.
No comments:
Post a Comment