Wednesday, 15 September 2021

NOTA RINGKAS SEJARAH T3 BAB 1


Bab 1 : Kedatangan Kuasa Barat 

1.1 KESTABILAN DAN KEMAKMURAN NEGARA KITA

PENGENALAN

Negara kita telah mempunyai sistem pentadbiran dan pemerintahan yang stabil hasil kebijaksanaan pemerintah. Mereka sedia berganding bahu dengan rakyat untuk membangunkan negeri. Kemakmuran negeri datangnya dari hasil bumi dan hasil alam yang dimanfaatkan untuk kemajuan ekonomi. Kemuncak kemakmuran perkembangan dan kegemilangan kegiatan intelektual.

KESTABILAN

Negara kita telah mewarisi sistem pemerintahan beraja dan sistem pentadbiran yang mantap. Sistem pentadbiran, sistem perundangan dan struktur sosial masyarakat tersusun dengan sistematik dan mendapat sokongan muafakat antara golongan pemerintah dengan orang yang diperintah. Hasilnya, hubungan luar dapat dijalinkan dengan berkesan.

 

SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR SOSIAL

Ø Negara kita telah mengamalkan sistem pemerintahan beraja yang diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka

Ø Sabah dan Sarawak telah mempunyai sistem pemerintahan masyarakat tempatan yang lebih awal

 

Sistem pemerintahan beraja

SULTAN (negeri)

Ø Pentadbiran di peringkat negeri

Ø Lambang kedaulatan negeri

Ø Kaum kerabat diraja dan pembesar membantu pentadbiran dan melaksanakan perintah sultan

PEMBESAR (jajahan/daerah)

Ø Dilantik oleh sultan

Ø Menjaga keamanan,kemakmuran,kestabilan dan membantu mengekalkan kedaulatan negeri

PENGHULU (mukim)

Ø Kampung ialah unit paling kecil dalam sistem pemerintahan masyarakat Melayu

Ø Ketua kampung ialah Penghulu atau Penggawa

Ø Menyampaikan arahan daripada raja atau pembesar kepada orang kampung


                           



 PERUNDANGAN

Ø Terdapat dua jenis undang iaitu undang-undang bertulis atau undang-undang tidak bertulis

Ø Contoh undang-undang bertulis adalah Hukum Kanun Melaka,Hukum Kanun Pahang, dan Undang-Undang 99 Perak

Ø Undang-undang tidak bertulis dikenali sebagai adat, seperti Adat Perpatih

Ø Sabah dan Sarawak mengamalkan peraturan hidup dan undang-undang berdasarkan hukum adat yang diamalkan secara tradisi serta turun-temurun melalui kepercayaan suku masing-masing


HUBUNGAN LUAR

Ø Kestabilan negara dapat dilihat melalui melalui hubungan dengan negara luar dalam bentuk ekonomi, politik dan sosial

Ø Pemerintah negara kita berjaya membuat hubungan dengan pedagang British dan Belanda untuk kepentingan negeri masing-masing

Ø Pemerintah tempatan menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan menyebabkan mereka dapat meluaskan pengaruh, terlindungi daripada ancaman musuh,memajukan ekonomi negeri dan menstabilkan sistem pemerintahan

 

KEMAKMURAN

Hasil bumi dan hasil alam

ØHasil bumi seperti biji timah, emas dan perak

ØMelombong biji timah dan emas dijalankan oleh masyarakat tempatan menggunakan kaedah mendulang dan melampan

ØHasil hutan seperti rempah ratus, damar dan rotan

ØHutan-hutan rimba di negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak dikenali dengan kayu kayan,kapur barus, rotan, damar, getah jeluntung, kayu gaharu dan kayu cendana

ØDijual kepada pedagang China, Jepun, Siam dan India

ØHasil laut seperti sirip ikan yu, timun laut, rumpai laut dan mutiara

Ømemanfaatkan hasil hutan dengan membuat kraf tangan, menenun kain pua, menyulam selendang

 

SISTEM EKONOMI

Perdagangan dan perlabuhan

ØPelabuhan terletak di muara sungai yang strategik

ØPelabuhan Johor, Kedah, Klang dan Melaka menjadi pusat pengumpulan barangan dari timur dan barat

ØDiuruskan oleh Syahbandar

Timbang,sukat dan ukur

MELAYU (kepul,leng,kal,cupak dan gantang)

1 leng = 2 kepul              

1 kal = 2 leng

1 cupak = 4 kal               

1 gantang = 4 cupak

 CHINA (kati,tahil dan pikul)

16 tahil = 1 kati                

100 kati = 1 pikul

INDIA (saga, mayam, bungkal kati)

12 saga = 1 mayam          

16 mayam = 1 bungkal

12 bungkal = 1 kati

Pengaruh British = auns, paun, tan dan geleng

 

Mata wang

ØPermulaannya, pedagang menggunakan sistem barter (tukar barang)

ØKemudian, mata wang digunakan

ØWang logam yang diperbuat daripada biji timah dan emas

     

Sistem percukaian

ØCukai ialah bayaran yang dikenakan ke atas hasil perlombongan,pertanian, hasil hutan dan perdagangan

ØMerupakan sumber pendapatan pemerintah

 

Kegiatan keintelektualan

Pendidikan Tidak Formal

ØPendidikan awal dalam institusi keluarga

Ødiajarkan kemahiran seperti bercucuk tanam, menangkap ikan, bertukang dan menghasilkan kraf tangan

ØDiajarkan juga ilmu agama,berpekerti mulia,cara berkawan dan menjaga maruah

ØDiberikan melalui pantun, syair, peribahasa, pepatah, pantang larang dan cerita berbentuk teladan dan pengajaran

ØDi Sawarak, menggunakan cerita lisan yang berkaitan amalan dan kepercayaan turun temurun sesuatu etnik

ØDi Sabah, melalui keluarga atau masyarakat di tempat mereka tinggal

 

Pendidikan formal

ISTANA

ØHal pentadbiran

ØSistem politik

MASJID DAN SURAU

ØCara bacaan dalam solat, tajwid, hadis, fekah dan usuludin

PENDIDIKAN PONDOK

ØAl-Quran, ilmu hadis dan bahasa arab

MADRASAH

ØMempunyai sukatan pelajaran

ØDilaksanakan secara kelas

ØMempunyai tahap permulaan,pertengahan dan pengkhususan

ØDiawasi oleh mudir (guru besar)

ØDiselia oleh jawatan kuasa kewangan

SARAWAK

ØDijalankan di masjid dan sekolah agama

ØKumpulan etnik beragama islam mempelajari pendidikan agama islam dan cara melaksanakan ibadat

SABAH

ØAmat terhad

ØEtnik beragama islam belajar membaca Al-Quran dan menulis jawi di surau, pondok dan di rumah guru agama

 

1.2 FAKTOR KEDATANGAN KUASA BARAT KE NEGARA KITA

ØTahun 1600, Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) yang ditubuhkan di England diberi hak monopoli dalam perdagangan rempah di Kepulauan Melayu oleh Kerajaan British

ØTahun 1602, Syarikat Hindia Timur Belanda ditubuhkan dan diberi monopoli perdagangan di Timur

ØTahun 1664, Perancis menubuhkan Syarikat Hindia Timur Perancis untuk berdagang di Asia

ØOrang Portugis berjaya membina empayar perdagangan dan menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi

ØOrang Sepanyol menjadi saingan utama sebagai kuasa penjajah pada abad ke-16

ØAbad ke-16 Sepanyol juga menjadi kuasa ulung di Eropah kerana kekayaan hasil beberapa buah koloninya

ØAbad ke-17 menyaksikan kebangkitan kuasa Barat seperti Belanda, British dan Perancis

ØMatlamat mereka adalah untuk mencari sumber rempah-ratus dan menguasainya



KEDATANGAN KUASA BARAT ABAD KE-16

Barangan mewah

ØKuasa-kuasa Barat mendapatkan rempah-ratus, minyak wangi, emas, perak, permata, gading dan hasil hutan

ØOrang Eropah mendapatkan barangan mewah dari China seperti teh, sutera dan tembikar

Pusat pengumpulan barang

ØSebagai tukaran, China mahukan emas, perak, biji timah dan rempah ratus

ØSyarikat perdagangan memerlukan pusat pengumpulan bahan mentah tempatan yang terletak di tengah-tengah di antara China dan India

Pelabuhan persinggahan

ØAngin monsun barat daya dan angin monsun timur laut memainkan peranan penting bagi menentukan masa bagi setiap pelayaran

ØKuasa Barat memerlukan tempat untuk berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun

ØUntuk memudahkan kapal berlabuh,mengisi bekalan air, makanan dan kemudahan membaiki kapal sebelum belayar ke Canton

Agama kristian

ØFaktor penting penjajahan kuasa Barat ke negara kita

ØUntuk kekayaan, keagamaan dan kemasyhuran

 

KEDATANGAN KUASA BARAT PADA ABAD KE-17 DAN KE-18

Revolusi perindustrian

ØBerlaku di Britain sejak abad ke - 17

ØTahun 1870-an Jerman dan Perancis menjadi negara perindustrian seperti Britain

ØSelepas berlakunya revolusi perindustrian, dasar kuasa-kuasa Barat berubah corak

ØMereka mencari pusat perdagangan dan mengusai tanah jajahan yang dapat membekalkan bahan-bahan mentah bagi keperluan kilang secara berterusan

ØRevolusi perindustrian membolehkan pengeluaran barangan secara besar-besaran

ØKepesatan pengeluaran barangan kilang menyebabkan kawasan pasaran yang lebih luas perlu dicari untuk memasarkan barangan tersebut supaya keuntungan dapat dimaksimumkan


KEDATANGAN KUASA BARAT PADA ABAD KE-19 DAN KE-20

Perkembangan industri kereta

ØKemunculan perusahaan kereta dan penghasilan tayar menyebabkan permintaan getah asli meningkat

ØGetah asli juga merupakan bahan penting dalam perusahaan penebat barangan elektrik

Kesuburan tanah dan kekayaan hasil bumi

ØNegara kita mempunyai tanah yang luas, subur dan iklim yang sesuai untuk tanaman berorientasikan eksport seperti getah, tebu, tembakau dan padi

ØKekayaan hasil bumi seperti biji timah, biji emas, petroleum dan arang batu

Indutri mengetin

ØAbad 19, Amerika Syarikat menggunakan biji timah untuk industri mengetin makanan dan minuman, membuat bumbung rumah dan tong minyak

ØHarga biji timah melambung tinggi

ØTahun 1840, permintaan biji timah dari negeri-negeri Melayu bertambah pesat

Pembukaan Terusan Suez

ØTerusan Suez menghubungkan Pelabuhan Said di Laut Mediterranean dan Suez di Laut Merah

ØMempercepat urusan perdagangan

ØPerdagangan antara Alam Melayu dan benua Eropah semakin bertambah


Ciptaan kapal wap

ØAbad ke-19 kapal wap dicipta

ØKapal wap dapat membawa muatan yang banyak, perjalanannya lebih cepat dan menjimatkan kos

ØPenghantaran barang dagangan menjadi semakin murah dan mudah

Persaingan kuasa Barat

ØPersaingan antara kuasa-kuasa Barat seperti Britain, Jerman, Perancis, Sepanyol dan Amerika Syarikat dalam kegiatan menakhluki kawasan atau wilayah di luar Eropah

ØBerperang untuk mendapatkan tanah jajahan

ØKuasa-kuasa Barat menganggap semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan yang diperoleh kuasa-kuasa Barat itu

Ciptaan telegraf

ØCiptaan teknologi telegraf membolehkan ahli perniagaan di benua Eropah dan Amerika Syarikat menghubungi ejen atau wakil mereka di Tanah Melayu dengan cepat

Selogan “beban orang putih”

ØKuasa Barat berhasrat untuk menyebarkan pengaruh dan tamadun mereka ke seberang laut

ØMereka menggunakan pelbagai slogan untuk mewajarkan tindakan mereka

ØMereka berhujah bahawa peradaban mereka lebih tinggi berbanding dengan kebudayaan penduduk yang dijajah bagi merasionalkan penjajahan mereka

ØMereka menggunakan slogan “beban orang putih” yang bermaksud tanggungjawab dan tugas mereka adalah untuk membantu dan memberikan kesejahteraan kepada peribumi dan wilayah yang dijajah oleh mereka

ØKuasa Perancis menggunakan muslihat “Tugas Menyebarkan Tamadun” kepada penduduk dunia bukan Barat yang dianggap mundur


1.3 PERSAINGAN KUASA BARAT UNTUK MENDAPATKAN TANAH JAJAHAN

Pengenalan

ØKuasa-kuasa Barat berlumba-lumba untuk meluaskan penjajahan mereka demi kepentingan ekonomi mereka

ØAmerika Syarikat, Belgium, Jerman, Itali turut menyertai perlumbaan mendapatkan tanah jajahan

ØSabah dan Sarawak kaya dengan bahan mentah dan kawasan pasaran



1.4 PERBEZAAN STRATEGI KUASA BARAT UNTUK MENGUSAI NEGARA KITA

Pengenalan

ØTerdapat strategi yang berdiplomasi dan bersifat agresif

ØPortugis menggunakan strategi menyerang semasa menjatuhkan Kesultanan Melayu Melaka yang berpusat di Melaka

ØBelanda menggunakan strategi serangan fizikal, perjanjian dan pakatan kuasa Barat untuk mendapatkan wilayah atau jajahan

ØBritish menggunakan strategi yang lebih bersifat diplomasi berdasarkan isu dan faktor setempat

ØTahun 1873, Parti Konservatif mengambil alih pimpinan kerajaan Britain daripada Parti Liberal

ØKerajaan baharu menukarkan dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan British di negeri-negeri Melayu

ØDasar campur tangan bermaksud British melibatkan diri secara langsung dalam pentadbiran di negeri-negeri Melayu

ØKerajaan British di London mengambil keputusan untuk campur tangan dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu demi menjaga kepentingan ekonomi British

ØAndrew Clarke dihantar untuk menggantikan Gabenor Harry Ord

ØBeliau mencari alasan untuk memaksa pemerintah tempatan menerima naungan dan campur tangan British

ØBritish menggunakan pelbagai strategi dan meluaskan kuasanya di negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak   


Strategi kuasa Barat untuk meluaskan kuasa negara kita

STRATEGI BELANDA

Serangan fizikal

ØBelanda berperang dengan penduduk tempatan di Pulau Pangkor (1650) dan Kuala Perak (1651) disebabkan dasar monopoli biji timah di Belanda

ØTahun 1763, Belanda berperang dengan Selangor dan Rembau kerana bimbang penguasaan Selangor ke atas Selat Melaka

ØTahun 1782, Belanda berperang dengan Johor dan Selangor kerana masalah perebutan perairan Selat Melaka

ØTahun 1784 dan 1785, Belanda berperang dengan Selangor di Kuala Selangor

Perjanjian

ØTahun 1650, Belanda mengadakan perjanjian dengan Perak untuk mendapatkan biji timah

ØTahun 1786, Belanda mengadakan perjanjian dengan Selangor

ØSultan Ibrahim bersetuju menjual biji timah kepada Belanda

Pakatan

ØTahun 1641, Belanda membuat pakatan dengan Johor dan berjaya mengalahkan Portugis di Melaka

ØBelanda mengadakan pakatan dengan British dan bersetuju memeterai Perjanjian Inggeris-Belanda 1824

 

 STRATEGI BRITISH

Manipulasi

ØBritish mendapatkan Singapura

ØTahun 1871, berlaku perebutan takhta di Perak

ØBritish campur tangan

ØKejadian lanun merompak kapal dagang British di Selangor dan menyerang rumah api di Tanjung Rachado menjadi alasan British untuk campur tangan

ØKonflik antara dua pembesar di Sungai Ujong,Negeri Sembilan menyebabkan British campur tangan

Tipu helah

ØBritish mendapatkan Pulau Pinang melalui tipu helah

ØFrancis Light menggunakan tipu helah kepada Sultan Kedah

Pakatan

ØBritish mendapatkan Melaka

ØBritish dan Belanda memeterai Perjanjian Inggeris-Belanda1824

ØBritish berjaya mendapatkan Melaka manakala Belanda memperoleh Bangkahulu

Ugutan / desakan

ØAgar sultan menerima Residen British di Selangor dan Pahang bagi menasihati pentadbiran negeri masing-masing

ØJames Brooke mendesak sultan Brunei dan menuntut diiktiraf sebagai Raja Sarawak

Perjanjian

ØBrtish mendesak Sultan Perak, Sultan Selangor, Yamtuan Seri Menanti dan Sultan Pahang memeterai perjanjian menerima naungan British

ØSultan Brunei bersetuju mengiktiraf James Brooke menjadi Raja Sarawak yang merdeka

Pajakan

ØBritish dapat meluaskan pengaruhnya ke atas Sabah

Serangan fizikal

ØBritish menyerang Naning pada tahun 1831 dan 1832 kerana Penghulu Naning Dol Said enggan tunduk kepada British

ØBritish membedal Kuala Terengganu dan meminta Sultan Omar tidak mencampuri masalah perang saudara di Pahang serta masalah takhta Sultan Mahmud Lingga


No comments:

Post a Comment

NOTA RINGKAS SEJARAH T3 BAB 1

Bab 1 : Kedatangan Kuasa Barat  1.1 KESTABILAN DAN KEMAKMURAN NEGARA KITA PENGENALAN Negara kita telah mempunyai sistem pentadbiran dan peme...