Wednesday, 15 September 2021

NOTA RINGKAS SEJARAH T3 BAB 4

 

𝑏𝑎𝑏 4 : 𝑝𝑒𝑛𝑡𝑎𝑑𝑏𝑖𝑟𝑎𝑛 𝑛𝑒𝑔𝑒𝑟𝑖 𝑛𝑒𝑔𝑒𝑟𝑖 𝑚𝑒𝑙𝑎𝑦𝑢 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑏𝑒𝑟𝑠𝑒𝑘𝑢𝑡𝑢

 

4.1 PEMERINTAHAN KESULTANAN MELAYU DI PERLIS, KEDAH, KELANTAN, TERENGGANU DAN JOHOR

 

K E R A J A A N  P E R L I S

Latar belakang

a) wilayah yang diasingkan daripada kedah pada tahun 1842.

b) pada tahun 1843, maharaja siam mengiktiraf syed hussin       jamalullail di bangkok sebagai raja perlis yang pertama dengan gelaran phya songkhram rama wichit willis asmara phya pelit.

c) istiadat pengisytiharan diadakan di istana arau sebagai pemberitahuan kepada rakyat .

Pentadbiran

a) raja syed hussin jamalullail melantik pembesar tempatan untuk membentuk pentadbiran berwibawa.

b) tuan syed abdullah ibni syed harun jamalullail dilantik sebagai raja muda perlis. Dato arau sebagai perdana menteri dengan gelaran dato belat paduka seri perdana menteri

c) perlis dibahagikan kepada 22 buah mukim

Perundangan

a) menjadikan undang undang kesultanan kedah sebagai rujukan

b) pelaksanaannya menitikberatkan kebajikan terhadap rakyat

Hubungan luar

a) menjalin hubungan baik dengan siam

b) sebagai strategi untuk tidak diganggu gugat oleh kuasa lain

 

 

 

K E S U L T A N A N  K E D A H

Latar belakang

a) merupakan antara kerajaan terawal yang bermula sejak abad ke-7

b) islam bertapak di kedah sejak abad ke-12 dan memulakan sistem pemerintahan islam.

c) pusat pemerintahan di kota bukit meriam

d) pemerintah pertama yang bergelar sultan ialah sultan mudzaffar shah.

 

Pentadbiran

a) diketuai oleh sultan dan dibantu oleh pembesar

b) mempunyai undang undang yang kemas dan teratur

c) wujud pembahagian wilayah di bawah pengawasan pembesar daerah

d) terdapat 128 buah mukim pada abad ke-19

 

Perundangan

a) kanun undang undang kedah yang pertama ditulis pada tahun 1650

b) memberikan hak dan kuasa kepada raja dan golongan pemerintah

Hubungan luar

a) menjalinkan hubungan diplomatik, bantuan ketenteraan, pentadbiram dan kewangan dengan siam

b) merupakan strategi untuk mempertahankan negeri daripada ancaman burma

 

 

 

K E S U L T A N A N  K E L A N T A N

Latar belakang

a) wujud sebelum abad ke-17

b) disatukan semasa pemerintahan long yunus pada tahun 1776-1794 dengan gelaran yang dipertuan.

c) berlaku pertelingkahan antara kelantan dengan terengganu pada tahun 1812.

d) sultan muhammad I membuat persetiaan dengan siam bagi mengelakkan ancaman terengganu

e) maharaja siam mengurniakan gelaran phya pipit pakdi kepada sultan muhammad I bagi megakui kedudukan baginda sebagai pemerintah kelantan

f) kesannya, siam meluaskan pengaruhnya di kelantan sehingga tahun 1909

Pentadbiran

a) sultan dibantu oleh pembesar

b) sistem jemaah menteri dibentuk oleh sultan muhammad II (1839-1886)

c) di peringkat wilayah, kelantan dibahagikan kepada jajahan.

d) pada tahun 1904, terdapat 3 jajahan iaitu selatan batu mekebang, pasir puteh dan pasir mas

e) pada peringkat paling bawah, pentadbiran dijalankan oleh tok kweng yang dibantu oleh imam

 

Perundangan

a) pelaksanaan undang undang syarak di kelantan semasa pemerintahan sultan muhammad II mewujudkan suasan aman dan menjadi pusat perdagangan yang makmur

b) hubungan dengan kerajaan siam terjalin semasa pemerintahan sultan muhammad I

c) kelantan menjalin hubungan dengan terengganu, kedah, patani dan negeri negeru melayu yang lain

 

 

 

 K E S U L T A N A N  T E R E N G G A N U

Latar belakang

a) diasakan oleh sultan zainal abidin I pada tahun 1708-1733

b) membawa kemajuan, memelihara kedaulatan kerajaan, dan merupakan negeri terakhir menerima penasihat british

 

Pentadbiran

a) sultan dibantu oleh pembesar yang menjadi penasihat dalam hal pentadbiran wilayah dan daerah

b) sistem penghulu diperkemaskan semasa pemerintahan sultan omar (1839-1876)

c) pemerintahan sultan zainal abidin III dibantu oleh tengku musa, tuan hitan dan che abdul rahim

d) pembesar bergelar dato mata-mata bertugas menyambut kedatangan pelawat atau orang kenamaan

e) sistem jemaah mesyuarat kerajaan dibentuk bagi memutuskan sesuatu hukuman atau pengisytiharan negeri. Anggotanya dikenali sebagai ahli mesyuarat.

 

Perundangan

a) sultan zainal abidin I melaksanakan sistem perundangan berasaskan prinsip keadilan islam. Bagina melantik tengku musa sebagai ketua jabatan mahkamah.

b) undang undang bagi diri kerajaan terengganu diperkenalkan pada tahun 1911

c) hakim mahkamah dipilih daripada individu yang berkebolehan dengan berpengetahuan agama yang luas

 

 

Hubungan luar

a) menjalinkan hubungan dengan siam sejak abad ke-18

b) menjalinkan hubungan dengan kelantan, patani dan johor

c) hubungan tersebut mengiktiraf kedudukan terengganu sebagai negeri berdaulat oleh negeri negeri melayu yang lain

 

 

 

 

 

 

K E S U L T A N A N  J O H O R

Latar belakang

a) institusi kesultanan di johor berlaku setelah institusi kesultanan hohor daripada jurai kesultanan melaka berakhir pada tahun 1699

b) kesultanan johor diperintah oleh keturunan bendahara

c) konflik politik yang berlaku membolehkan keturunan temenggung daeng ibrahim menjadi pemerintah di johor.

d) anakanda baginda, daeng abu bakar menjadi sultan johor pada tahun 1885

 

Pentadbiran

a) zaman pemerintahan maharaja abu bakar, johor mengalami zaman pemodenan.

b) mengasaskan sistem pentadbiran moden

c) mewujudkan majlis jemaah diraja johor, jemaah menteri dan jabatan jabatan kerajaan.

d)jawatan menteri besar dan setiausaha kerjaan diwujudkan bagi melicinkan pentadbiran

e) pembesar-pembesar kerjaan seperti dato seri amar diraja dan dato bentara dalam bertanggungjawab membantu pemerintahan sultan

 

perundangan

a) pada tahun 1895, memuktamadkan pemasyhuran undang undang tubuh kerajaan

b) digunakan sebagai aturan dalam pemerintahan

 

Hubungan luar

a) maharaja abu bakar menjalinkan hubungan dengan terengganu, perak pahang dan selangor

b) mengadakan hubungan dengan negara negara luar melalui lawatan ke eropah dan jepun

c) kesannya, kuasa kuasa ini mengiktiraf kedudukan johor.

 

 

 4.2 PELUASAN KUASA BERITISH DI PERLIS, KEDAH, KELANTAN DAN TERENGGANU

 

F A K T O R  P E L U A S A N  K U A S A  B R I T I S H

1. kedudukan yang strategik

2. menghalang kemasukan kuasa barat lain

3. kemakmuran dan kekayaan sumber hasil

4. menghubungkan burma dengan pulau pinang

5. beban orang putih

 

S T R A T E G I  P E L U A S A N  K U A S A  B R I T I S H

KEARAH PERJANJIAN BANGKOK 1909

-  Perlis, Kedah, Kelantan & Terengganu mempunyai hubungan rapat dengan Siam

- Negeri-negeri ini adalah di bawah naungan Siam & dikehendaki menghantar bunga emas & perak setiap 3 tahun sekali

- Siam menganggap hantaran bunga emas & perak sebagai tanda ketaatan serta kepatuhan kepada Siam

- Negeri-negeri ini menganggap penghantaran bunga emas & perak sebagai tanda persahabatan

- Pengaruh Siam ke atas negeri-negeri ini kurang menyenangkan pihak British.

- Matlamat utama British adalah memastikan laluan perdagangan di antaraIndia & China selamat

- British menggunakan strategi perjanjian untukmeluaskan kuasa konfrontasi secarabersemuka akan merugikannya

- Sejak 1826, terdapatbeberapa perjanjian melibatkan British-Siam yang menyentuh hal ehwal negeri Melayu

- Melalui Perjanjian Bangkok 1909, British berjaya meluaskan kuasa di Perlis, Kedah, Kelantan & Terengganu

 

 

P E R J A N J I A N  B A N G K O K  1 9 0 9

 

1. April 1907

Selepas Perjanjian Perancis-Siam, British mula mengadakan rundingan dgn Siam.Perjanjian diusahakan oleh Penasihat Am bagi kerajaan Siam, E. H. Strobel dgn Ralph Paget, wakil British di Bangkok.

2. Jun 1907

Pejabat Tanah Jajahan membenarkan usaha perundingan ini.

3. 13 September 1907

Strobel menemui Menteri Dalam Negeri Kerajaan Siam, iaitu Putera Damrong bagi menyampaikan hasrat British.

4. November 1907

Hasrat tersebut disampaikan kepada Raja Siam.

5. Januari 1908 – Januari 1909

Draf perjanjian dirangka pada Januari 1908 & dipersetujui pada bulan Januari 1909.

6. 10 Mac 1909

Perjanjian ditandatangani antara wakil British, Ralph Paget dgn wakil Siam, Putera Dewawongse Varaprakar, iaitu Menteri Hal Ehwal Luar Kerajaan Siam.

 

K E S A N  P E R J A N J I A N  B A N G K O K  1 9 0 9

Melalui Perjanjian Bangkok 1909, negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu diserahkan oleh Siam kepada British.

• Negeri-negeri tersebut menerima seorang Penasihat British.

• Pada peringkat awal, Kelantan dan Terengganu menolak kehadiran penasihat ini.

• Menampan usaha dan cita-cita kuasa Barat lain untuk bertapak di Tanah Melayu.

• Memperlengkapkan cita-cita British untuk menguasai seluruh Tanah Melayu.

 

 4.3  P E L U A S A N  K U A S A  B R I T I S H  D I  J O H O R

- Sebelum campur tangan British, Johor sudah mempunyai sistem pemerintahan dan pentadbiran yang teratur.

- Johor telah mencapai tahap kemakmuran yang tinggi.

- Keadaan ini didorong oleh kebijaksanaan Johor membangunkan negeri sehingga British tidak mempunyai sebarang alasan meluaskan kuasa ke Johor.

- Penguasaan British terhadap Singapura menyebabkan kedudukan Johor terancam.

 

K E M A J U A N  D A N  K E M A K M U R A N  J O H O R

- Perkembangan pesat dalam ekonomi komersial terutamanya dalam sektor pertanian.

- Kebijaksanaan dan kecekapan pemerintah.

- Pemodenan Johor dalam pelbagai bidang seperti pentadbiran, infrastruktur dan sosial yang membawa kemajuan dan kemakmuran yang menyeluruh.

- Kemunculan golongan pentadbir yang komited dan menjalankan tugas dengan berkesan bagi memakmurkan ekonomi Johor.

 

S T R A T E G I  B R I T I S H  M E N G U A S A I  J O H O R

Perjanjian 1855

• Ditandatangani antara Sultan Ali dengan Temenggung Ibrahim.

• Menyatakan sekiranya jajahan Kesang hendak dijual oleh sultan, Kesang hendaklah terlebih dahulu ditawarkan kepada British.


Perjanjian Setia 1855

• Ditandatangani antara Johor dengan British.

• Menyebut bahawa Johor hanya akan menerima seorang ejen yang peranannya menyamai seorang pegawai Konsul dan lebih rendah daripada Penasihat.

• Hal ehwal luar dikawal oleh British.


Manipulasi British

• Pada 1879, Gabenor Negeri-negeri Selat mencadangkan kepada British untuk menempatkan Residen di Johor.

• Secara terancang, British berusaha memanipulasi kedudukan kewangan Johor dengan menawarkan pinjaman sebanyak 200 000 dolar kepada Johor bagi membiayai pembinaan kereta api.

• Usaha ini tidak berjaya apabila cadangan tersebut tidak diterima kerana kesannya akan menjejaskan ekonomi Johor.


Perjanjian 12 Mei 1914

• Sultan Ibrahim menandatangani perjanjian dengan Sir Arthur Henderson Young, Gabenor Negeri-negeri Selat.

• Jawatan Konsul yang sebelumnya ditempatkan di Johor ditukarkan kepada Penasihat Am British.

 

4.4 Sistem Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

• Perjanjian Bangkok 1909 membawa perubahan penting dalam sejarah di negeri-negeri

Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

• Pada tahun 1914, kedudukan Johor berubah apabila menerima Penasihat Am British.

• Kelima-lima buah negeri ini dikenal sebagai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.

 

Latar Belakang Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

Pentadbiran bersifat longgar yang tidak ditadbir sebagai satu unit pentadbiran

yang tunggal.

Tidak ada perjanjian khas bagi mewujudkan “gabungan” ini, sebaliknya lebih

bersifat membezakan pentadbiran negeri2 ini dengan Negeri-negeri Melayu

Bersekutu (NNMB).

Diletakkan di bawah kawalan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu

Bersekutu selaku Gabenor

Raja di NNMTB mempunyai kuasa yang lebih besar berbanding

dengan kuasa raja di NNMB.

Kelima-lima buah negeri ini tetap kedudukannya sebagai

negeri-negeri Melayu pemerintahan beraja yang bebas dan

mempunyai kuasa autonomi.

Usaha British untuk menggabungkan kedua-dua sistem pentadbiran

turut gagal kerana adanya tentangan daripada raja Melayu NNMTB.

 

 

 PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU

 

P E N T A D B I R A N  D I  P E R L I S

- Penasihat British terlibat secara langsung dalam pentadbiran dan turut melibatkan pembesar tempatan.

- Majlis Mesyuarat Negeri menjalankan pentadbiran yang dipengerusikan oleh raja.

- Kakitangan awam terdiri daripada orang Melayu. Pada 1931, hanya terdapat 3 orang pegawai Eropah dalam pentadbiran di Perlis.

- Setiausaha Kerajaan merupakan pegawai tadbir terpenting.


P E N T A D B I R A N  D I  K E D A H

- Penasihat British terlibat secara langsung dalam pentadbiran yang turut melibatkan pembesar tempatan.

- Kedah tidak akan diserahkan kepada mana-mana negeri lain tanpa keizinan bertulis dibuat oleh sultan dalam Majlis Mesyuarat Negeri. Majlis Mesyuarat Negeri menjalankan pentadbiran yang diwujudkan sejak tahun 1905.

- Kakitangan perkhidmatan awam terdiri daripada orang Melayu yang berkebolehan.

- Setiausaha Kerajaan merupakan pegawai tadbir terpenting.


P E N T A D B I R A N  D I  K E L A N T A N

- Penasihat British terlibat secara langsung dalam pentadbiran dan turut melibatkan pembesar tempatan.

- Sultan mempengerusikan Majlis Mesyuarat Negeri dan Penasihat British merupakan anggota Majlis.

- Kakitangan perkhidmatan awam terdiri daripada orang Melayu. Pegawai Eropah dihadkan memegang jawatan tertentu sahaja.

- Menteri Besar memainkan peranan penting dalam pentadbiran negeri.


P E N T A D B I R A N  D I  T E R E N G G A N U

- Pentadbiran negeri berlandaskan Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu yang diluluskan pada tahun 1911.

- Undang-undang ini menetapkan bahawa ketetapan atau perundangan yang dilaksanakan tidak boleh dipinda.

- Penasihat British terlibat secara langsung dalam pentadbiran dan melibatkan pembesar tempatan.

- Majlis Mesyuarat Negeri dan Jemaah Menteri diwujudkan bagi melaksanakan pentadbiran kerajaan.

- Kakitangan perkhidmatan awam terdiri daripada orang Melayu. Penglibatan pegawai Eropah dihadkan dalam pentadbiran.


P E N T A D B I R A N  D I  J O H O R

- Berlandaskan Undang-undang Kerajaan Tubuh Kerajaan 1895.

- Sultan tidak dibenarkan menyerahkan negerinya kepada kuasa asing.

- Pentadbiran dijalankan oleh Menteri Besar. Setiausaha Negeri terdiri daripada orang Melayu yang menjadi jurucakap kerajaan yang rasmi.

- Majlis Mesyuarat Menteri dan Majlis Mesyuarat Negeri membantu sultan menjalankan pentadbiran.

- Orang Eropah dan Melayu dalam perkhidmatan kerajaan Johor dilayan sama taraf dan keutamaan diberikan kepada orang Melayu yang berkelayakan bagi memegang jawatan pentadbiran

 

KESAN LANGSUNG PERKEMBANGAN SEJARAH NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU

 

Cuti umum

• Selepas mencapai kemerdekaan, ketetapan diambil untuk mengekalkan hujung minggu pada hari Ahad.

• 5 buah NNMTB mengekalkan hari Jumaat sebagai cuti mereka.

• Pada 1994, kerajaan Perlis dan Johor menukar hari kelepasan amnya daripada hari Jumaat kepada hari Ahad.

• Pada 2014, kerajaan Johor kembali menjadikan hari Jumaat sebagai cuti umum.

Askar Timbalan

Setia Negeri

Johor

• Dikenali dengan nama Johor Military Force (Askar Timbalan Setia

Negeri).

• Ditubuhkan pada 1885 sewaktu pemerintahan Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar. Baginda menerima saranan British agar memiliki sebuah pasukan tentera sendiri bagi melindungi institusi diraja negeri Johor.

• Memberikan perkhidmatan menjaga keselamatan Sultan dan negeri

Johor, terlibat dalam perbarisan bersempena dengan ulang tahun raja di England pada tahun 1906.

• Pasukan tentera ini terus kekal relevan hingga hari ini.

 

 

 PERKEMBANGAN PENTADBIRAN NEGERI NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU

Pengenalan Birokrasi Barat

- Penasihat British menentukan dasar pentadbiran negeri sehingga mengurangkan kuasa

sultan dan pembesar.

- Jabatan-jabatan baharu diperkenalkan di setiap negeri.

- Pasukan polis diwujudkan.

- Urusan pentadbiran negeri mula mengamalkan cara Barat, mahkamah sivil diperkenalkan

dan pegawai-pegawai Barat turut dibawa masuk sebagai pegawai pentadbiran kerajaan.

 

Penerusan Sistem Pentadbiran Tradisional

- Sistem pentadbiran tradisional seperti sistem Jemaah Menteri dan Majlis Negeri dan

peraturan yang terdapat dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan diteruskan.

- Pembesar Melayu menjadi peneraju sistem pentadbiran negeri.

- Pihak British turut membantu melalui peminjaman pegawai daripada perkhidmatan awam

NNMB dan Negeri-negeri Selat.

- Negeri-negeri ini mempunyai sistem perkhidmatan awamnya sendiri.

- Kerajaan Kedah membuat perjanjian dengan kerajaan British yang menyatakan bahawa

semua jawatan perkhidmatan awam hendaklah diisikan dengan pegawai Melayu Kedah.

 

Pengekalan Kedudukan Sultan

- Perubahan yang berlaku dalam sistem pentadbiran di NNMTB tidak mengubah

kedudukan sultan.

- Sultan masih kekal sebagai puncak kuasa dalam pentadbiran negeri.

- Sultan masih mempunyai kuasa terutama dalam hal berkaitan dengan agama Islam dan

adat istiadat Melayu.

- Kedudukan pembesar turut dikekalkan meskipun bidang tugasnya telah berubah.

- Pembesar tidak lagi mengutip cukai dan pajak seperti sebelum ini, sebaliknya diberikan

elaun dan pencen.

 

 

No comments:

Post a Comment

NOTA RINGKAS SEJARAH T3 BAB 1

Bab 1 : Kedatangan Kuasa Barat  1.1 KESTABILAN DAN KEMAKMURAN NEGARA KITA PENGENALAN Negara kita telah mempunyai sistem pentadbiran dan peme...