BAB 3 : PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU
• Diusahakan oleh orang Melayu di lembah sungai
• Untuk kegunaan tempatan dan diperdagangkan
• Menjadi punca pendapatan utama pembesar
Perlombongan Bijih Timah Abad Ke-16 & 17
Perak
• Sungai Perak, Kuala Kangsar, Kelian Intan, Manjung &
Beruas
• Merupakan pelabuhan utama yang menghasilkan bijih timah
• Menjadi negeri naungan Acheh (abad ke-16 & 17)
Perlombongan Bijih Timah Abad Ke-18
Perak
• di Kerian, Kurau, Larut,
Terong & Beruas
• Sultan Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah memeterai
perjanjian menjual bijih timah dengan Belanda di Melaka
• Pengeluaran bijih timah
Perak merosot akibat aktiviti penyeludupan di Pulau Pinang
kepada pedagang British Selangor
• di Kuala Sungai Selangor
• 1790, Sultan Ibrahim dan Belanda menandatangani perjanjian
penjualan hasil timah antara Selangor dengan Belanda
Perlombongan Bijih Timah Abad Ke-18
Larut
• Pembesar Melayu Long Jaafar dan anaknya Ngah Ibrahim telah
memajukan perlombongan bijih timah di Klian Pauh dan Klian Baru dengan membawa
masuk pelombong Cina
Lembah Kinta
• Pengeluar utama bijih timah dunia
• Menyebabkan kemunculan bandar Gopeng, Ipoh, Batu Gajah dan
Kampar
• Sultan Ismail mengusahakan kawasan perlombongan baharu di
Lembah Kinta, menyebabkan
kemunculan bandar Papan dan Pangkalan Peguh
Jugra
• Dijadikan pusat pentadbiran Kesultanan Selangor
• Menjadi pusat penutipan cukai bijih timah yang dibawa
keluar melalui Sungai Langat untuk
dibawa ke pelabuhan Melaka
Kuala Lumpur
• Merupakan pusat pengeluaran bijih timah yang penting di
Selangor
• Mendorong ramai orang Melayu dan Cina mendirikan
petempatan di situ yang membentuk
bandar Kuala Lumpur
Lukut
• Merupakan wilayah Kesultanan Selangor
• Mula diusahakan oleh Raja Busu dengan membawa masuk
pelombong Cina
Kekayaan Hasil Emas
• Bertumpu di kawasan jalur emas yang sebahagian besarnya terdiri
daripada negeri Pahang.
• Mengikut rekod negara China, emas telah menjadi eksport utama
Pahang sejak abad ke-13.
• Emas yang dihasilkan di Pahang diperdagangkan diMelaka.
• Sultan Pahang menggunakan emas sebagai hadiah.
Lokasi Perlombongan Emas di Pahang
• Sekitar Sungai Tembeling, Sungai Jelai dan Sungai Semantan.
• Kawasan-kawasan penting perlombongan emas ialah Raub, Tui,
Tersang, Selinsing, Penjom, Kechau dan Hulu Dong.
Kegiatan Perlombongan Emas di Pahang
Abad Ke-16 dan Ke-17
• Dijalankan oleh orang Melayu, orang Asli dan orang
Minangkabau.
• Menggunakan kaedah mendulang dan melampan.
Abad Ke-18
• Kekayaan emas menarik kehadiran orang Cina dari Kelantan,
Perak dan Negeri Sembilan.
• Menggunakan kaedah melampan.
Abad Ke-19
• Sultan Ahmad memberikan konsesi kepada orang Eropah untuk
memajukan kegiatan
perlombongan di Pahang
• Pelombong Eropah menggunakan kaedah lombong dedah dan
lombong bawah tanah.
3.2 Perluasan Kuasa British di Perak, Selangor, Negeri
Sembilan dan Pahang
Perang Larut 1861 - 1874
• Pergaduhan pelombong Cina antara kumpulan Ghee Hin dengan
Hai San.
• Pergaduhan menjejaskan perdagangan bijih timah di negeri
Selat.
• Golongan pelabur Eropah dan pedagang Negeri-negeri Selat
meminta British campur tangan perebutan Takhta Kesultanan Perak
• Raja Ismail ditabalkan sebagai Sultan.
• Raja Abdullah tidak ditabalkan kerana tidak menghadiri
upacara pemakaman, tetapi menuntut haknya
STRATEGI MANIPULASI DI SELANGOR (PERANG KLANG)
Raja Abdullah bin Raja Jaafar
• Memperoleh hak mentadbir daerahKlang daripada Sultan Abdul
Samad.
• Berjaya memajukan daerah Klangsebagai pusat pengeluaran
bijih timah.
• Mendapat sokongan kumpulan Hai San.
Raja Mahadi bin Raja Sulaiman
• Kemajuan perlombongan bijih timah di daerah Klang
mendorong Raja Mahadi menuntut haknya ke atas daerah tersebut yang pernah
diletakkan di bawah kuasa ayahandanya.
• Mendapat sokongan kumpulan Ghee Hin.
STRATEGI MANIPULASI DI SUNGAI UJONG, NEGERI SEMBILAN
Kepentingan Sungai Linggi
• Merupakan laluan penting yang menghubungkan daerah Sungai
Ujong dengan kawasan
sekitarnya.
• Membolehkan pembesar mendapat hak memungut cukai Persaingan
Pembesar Memungut Cukai di Sungai Linggi
• Dato’ Kelana, Dato’ Syahbandar dan Dato’ Muda Linggi
saling bersaing untuk mengawal pungutan cukai di Sungai Linggi.
• British memberikan bantuan ketenteraan kepada Dato’ Kelana
untuk mengalahkan Dato’
Syahbandar.
• British memperoleh hak memungut cukai di Sungai Linggi
DESAKAN BRITISH DI SELANGO
Rompakan Kapal Dagang British
• Kapal dagang British dalam pelayaran dari Pulau Pinang ke
Melaka dirompak berdekatan perairan Kuala Langat.
Serangan Rumah Api
• Serangan terhadap rumah api di Tanjung Rachado.
DESAKAN DAN PAKSAAN BRITISH DI PAHANG
•Pada tahun 1888, berlaku kematian seorang lelaki berbangsa
Cina bernama Goh Hui yang ditikam
di pekarangan istana.
•British mendakwa Goh Hui ialah rakyat British.
•Sultan diminta bertanggungjawab atas kematian rakyat
tersebut.
•Sultan Pahang dipaksa menerima perlindungan British dengan
alasan Sultan tidak mampu
mewujudkan keadilan dan ketenteraman awam.
PERJANJIAN PANGKOR 1874
• Andrew Clarke memanggil ketua kumpulan Ghee Hin dan Hai
San serta pembesar-pembesar Melayu
untuk menamatkan perselisihan faham antara mereka.
Antara Syarat Perjanjian Pangkor:
1. Raja Abdullah diiktiraf sebagai Sultan Perak.
2. Raja Ismail dibenarkan memakai gelaran Sultan Muda dan
diberi sebuah jajahan kecil untuk ditadbir.
3. Sultan menerima seorang Residen British. Nasihatnya mesti
diminta dan dipatuhi dalam semua urusan pentadbiran kecuali berkaitan agama
Islam dan adat Melayu.
4. Ngah Ibrahim diakui sebagai Orang Kaya Menteri Larut dan
menerima seorang Penolong Residen.
5. British berkuasa penuh ke atas pungutan cukai di Perak
Perjanjian British – Sungai Ujong 1874:
• Dato’ Kelana diiktiraf sebagai pemerintah Sungai Ujong.
• British mempunyai kuasa penuh memungut cukai di Sungai
Linggi.
Perjanjian British – Selangor 1875:
• British membantu Sultan memerintah negeri.
• British menghantar J.G. Davidson menetap di Klang dan
Frank Swettenham menetap di Langat
untuk membantu pentadbiran Selangor.
Perjanjian British – Pahang 1887:
• British menempatkan seorang wakil yang mempunyai kuasa seperti
pegawai konsul di Pahang.
• British bertanggungjawab menjaga keamanan Pahang.
• Pahang tidak membenarkan membuat perjanjian dengan
kerajaan asing tanpa kebenaran British.
• Menasihati Raja-raja Melayu dalam semua hal kecuali
berkaitan agama Islam dan adat Melayu.
• Semua nasihat hendaklah diikuti dan dipatuhi.
SISTEM RESIDEN
SULTAN DAN RESIDEN BRITISH
Perak : Sultan Abdullah , J.W.W Birch
Selangor : Sultan Abdul Samad , J.G Davidson
Negri Sembilan : Tunku Muhammad / Yamtuan Besar , Martin
Lister
Pahang : Sultan Ahmad , J.P Rodger
Ciri-ciri Pelaksanaan
Sistem Residen:
• Kedudukan sultan dan pembesar negeri dikekalkan.
• Sultan dan pembesar kehilangan kuasa dalam pentadbiran dan
pungutan cukai.
• Jabatan-jabatan dan system bercorak Barat digunakan.
3.3 Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu
Ciri-ciri Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Persekutuan 1896)
• Gabungan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
• Residen Jeneral sebagai ketua pentadbiran
• Raja-raja Melayu menerima nasihar Residen Jeneral dalam
semua perkara kecuali yang
berkaitan agama Islam dan adat Melayu
• Kuala Lumpur menjadi pusat pentadbiran
Faktor Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu
1.Mengatasi Kelemahan Sistem Residen
• Residen menjadi semakin berkuasa dalam Majlis Mesyuarat
Negeri.
• Raja dan pembesar Melayu tidak berpuas hati.
2.Menyeragamkan Pentadbiran
• Pentadbiran setiap negeri tidak seragam kerana mempunyai undang-undang
sendiri.
• Kemajuan ekonomi antara negeri tidak seimbang.
3.Menangani Masalah kewangan Pahang
• Perak, Selangor, Negeri Sembilan dapat membantu
mengurangkan beban kewangan negeri Pahang.
4.Menjamin Keselamatan Negeri
• Membolehkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai pasukan
keselamatan sendiri tanpa mengharapkan bantuan luar.
3.4 Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu
MAJLIS MESYUARAT NEGERI
• Dipengerusikan oleh Raja Melayu
• Berperanan menggubal undang-undang dan membantu
pentadbiran negeri
MAJLIS MESYUARAT PERSEKUTUAN
• Berkuasa meluluskan undang-undang di Negeri-negeri Melayu
Bersekutu
• Memberi ruang kepada British untuk mengawal undang-undang
dan kewangan negeri
• Memberikan kuasa pentadbiran kepada Pesuruhjaya Tinggi
British
• Raja-raja Melayu hanya diletakkan sebagai ahli biasa
PEMBENTUKAN DURBAR
• British membentuk Durbar untuk mendapatkan sokongan
Raja-raja Melayu.
• Ahli Durbar terdiri daripada:
- Pesuruhjaya Tinggi British
- Raja-raja Melayu
- Residen Jeneral
- Residen British
No comments:
Post a Comment