Bab 1 : Kedatangan Kuasa Barat
1.1 KESTABILAN DAN KEMAKMURAN NEGARA KITA
PENGENALAN
Negara kita telah mempunyai sistem pentadbiran dan pemerintahan yang stabil hasil kebijaksanaan pemerintah. Mereka sedia berganding bahu dengan rakyat untuk membangunkan negeri. Kemakmuran negeri datangnya dari hasil bumi dan hasil alam yang dimanfaatkan untuk kemajuan ekonomi. Kemuncak kemakmuran perkembangan dan kegemilangan kegiatan intelektual.
KESTABILAN
Negara kita telah mewarisi sistem pemerintahan beraja dan sistem pentadbiran yang mantap. Sistem pentadbiran, sistem perundangan dan struktur sosial masyarakat tersusun dengan sistematik dan mendapat sokongan muafakat antara golongan pemerintah dengan orang yang diperintah. Hasilnya, hubungan luar dapat dijalinkan dengan berkesan.
SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR SOSIAL
Ø Negara kita telah mengamalkan sistem pemerintahan beraja yang diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka
Ø Sabah dan Sarawak telah mempunyai sistem pemerintahan masyarakat tempatan yang lebih awal
Sistem pemerintahan beraja
SULTAN (negeri)
Ø Pentadbiran di peringkat negeri
Ø Lambang kedaulatan negeri
Ø Kaum kerabat diraja dan pembesar membantu pentadbiran dan melaksanakan perintah sultan
PEMBESAR (jajahan/daerah)
Ø Dilantik oleh sultan
Ø Menjaga keamanan,kemakmuran,kestabilan dan membantu mengekalkan kedaulatan negeri
PENGHULU (mukim)
Ø Kampung ialah unit paling kecil dalam sistem pemerintahan masyarakat Melayu
Ø Ketua kampung ialah Penghulu atau Penggawa
Ø Menyampaikan arahan daripada raja atau pembesar kepada orang kampung
PERUNDANGAN
Ø Terdapat dua jenis undang iaitu undang-undang bertulis atau undang-undang tidak bertulis
Ø Contoh undang-undang bertulis adalah Hukum Kanun Melaka,Hukum Kanun Pahang, dan Undang-Undang 99 Perak
Ø Undang-undang tidak bertulis dikenali sebagai adat, seperti Adat Perpatih
Ø Sabah dan Sarawak mengamalkan peraturan hidup dan undang-undang berdasarkan hukum adat yang diamalkan secara tradisi serta turun-temurun melalui kepercayaan suku masing-masing
HUBUNGAN LUAR
Ø Kestabilan negara dapat dilihat melalui melalui hubungan dengan negara luar dalam bentuk ekonomi, politik dan sosial
Ø Pemerintah negara kita berjaya membuat hubungan dengan pedagang British dan Belanda untuk kepentingan negeri masing-masing
Ø Pemerintah tempatan menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan menyebabkan mereka dapat meluaskan pengaruh, terlindungi daripada ancaman musuh,memajukan ekonomi negeri dan menstabilkan sistem pemerintahan
KEMAKMURAN
Hasil bumi dan hasil alam
ØHasil bumi seperti biji timah, emas dan perak
ØMelombong biji timah dan emas dijalankan oleh masyarakat tempatan menggunakan kaedah mendulang dan melampan
ØHasil hutan seperti rempah ratus, damar dan rotan
ØHutan-hutan rimba di negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak dikenali dengan kayu kayan,kapur barus, rotan, damar, getah jeluntung, kayu gaharu dan kayu cendana
ØDijual kepada pedagang China, Jepun, Siam dan India
ØHasil laut seperti sirip ikan yu, timun laut, rumpai laut dan mutiara
Ømemanfaatkan hasil hutan dengan membuat kraf tangan, menenun kain pua, menyulam selendang
SISTEM EKONOMI
Perdagangan dan perlabuhan
ØPelabuhan terletak di muara sungai yang strategik
ØPelabuhan Johor, Kedah, Klang dan Melaka menjadi pusat pengumpulan barangan dari timur dan barat
ØDiuruskan oleh Syahbandar
Timbang,sukat dan ukur
MELAYU (kepul,leng,kal,cupak dan gantang)
1 leng = 2 kepul
1 kal = 2 leng
1 cupak = 4 kal
1 gantang = 4 cupak
CHINA (kati,tahil dan pikul)
16 tahil = 1 kati
100 kati = 1 pikul
INDIA (saga, mayam, bungkal kati)
12 saga = 1 mayam
16 mayam = 1 bungkal
12 bungkal = 1 kati
Pengaruh British = auns, paun, tan dan geleng
Mata wang
ØPermulaannya, pedagang menggunakan sistem barter (tukar barang)
ØKemudian, mata wang digunakan
ØWang logam yang diperbuat daripada biji timah dan emas
Sistem percukaian
ØCukai ialah bayaran yang dikenakan ke atas hasil perlombongan,pertanian, hasil hutan dan perdagangan
ØMerupakan sumber pendapatan pemerintah
Kegiatan keintelektualan
Pendidikan Tidak Formal
ØPendidikan awal dalam institusi keluarga
Ødiajarkan kemahiran seperti bercucuk tanam, menangkap ikan, bertukang dan menghasilkan kraf tangan
ØDiajarkan juga ilmu agama,berpekerti mulia,cara berkawan dan menjaga maruah
ØDiberikan melalui pantun, syair, peribahasa, pepatah, pantang larang dan cerita berbentuk teladan dan pengajaran
ØDi Sawarak, menggunakan cerita lisan yang berkaitan amalan dan kepercayaan turun temurun sesuatu etnik
ØDi Sabah, melalui keluarga atau masyarakat di tempat mereka tinggal
Pendidikan formal
ISTANA
ØHal pentadbiran
ØSistem politik
MASJID DAN SURAU
ØCara bacaan dalam solat, tajwid, hadis, fekah dan usuludin
PENDIDIKAN PONDOK
ØAl-Quran, ilmu hadis dan bahasa arab
MADRASAH
ØMempunyai sukatan pelajaran
ØDilaksanakan secara kelas
ØMempunyai tahap permulaan,pertengahan dan pengkhususan
ØDiawasi oleh mudir (guru besar)
ØDiselia oleh jawatan kuasa kewangan
SARAWAK
ØDijalankan di masjid dan sekolah agama
ØKumpulan etnik beragama islam mempelajari pendidikan agama islam dan cara melaksanakan ibadat
SABAH
ØAmat terhad
ØEtnik beragama islam belajar membaca Al-Quran dan menulis jawi di surau, pondok dan di rumah guru agama
1.2 FAKTOR KEDATANGAN KUASA BARAT KE NEGARA KITA
ØTahun 1600, Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) yang ditubuhkan di England diberi hak monopoli dalam perdagangan rempah di Kepulauan Melayu oleh Kerajaan British
ØTahun 1602, Syarikat Hindia Timur Belanda ditubuhkan dan diberi monopoli perdagangan di Timur
ØTahun 1664, Perancis menubuhkan Syarikat Hindia Timur Perancis untuk berdagang di Asia
ØOrang Portugis berjaya membina empayar perdagangan dan menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi
ØOrang Sepanyol menjadi saingan utama sebagai kuasa penjajah pada abad ke-16
ØAbad ke-16 Sepanyol juga menjadi kuasa ulung di Eropah kerana kekayaan hasil beberapa buah koloninya
ØAbad ke-17 menyaksikan kebangkitan kuasa Barat seperti Belanda, British dan Perancis
ØMatlamat mereka adalah untuk mencari sumber rempah-ratus dan menguasainya
KEDATANGAN KUASA BARAT ABAD KE-16
Barangan mewah
ØKuasa-kuasa Barat mendapatkan rempah-ratus, minyak wangi, emas, perak, permata, gading dan hasil hutan
ØOrang Eropah mendapatkan barangan mewah dari China seperti teh, sutera dan tembikar
Pusat pengumpulan barang
ØSebagai tukaran, China mahukan emas, perak, biji timah dan rempah ratus
ØSyarikat perdagangan memerlukan pusat pengumpulan bahan mentah tempatan yang terletak di tengah-tengah di antara China dan India
Pelabuhan persinggahan
ØAngin monsun barat daya dan angin monsun timur laut memainkan peranan penting bagi menentukan masa bagi setiap pelayaran
ØKuasa Barat memerlukan tempat untuk berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun
ØUntuk memudahkan kapal berlabuh,mengisi bekalan air, makanan dan kemudahan membaiki kapal sebelum belayar ke Canton
Agama kristian
ØFaktor penting penjajahan kuasa Barat ke negara kita
ØUntuk kekayaan, keagamaan dan kemasyhuran
KEDATANGAN KUASA BARAT PADA ABAD KE-17 DAN KE-18
Revolusi perindustrian
ØBerlaku di Britain sejak abad ke - 17
ØTahun 1870-an Jerman dan Perancis menjadi negara perindustrian seperti Britain
ØSelepas berlakunya revolusi perindustrian, dasar kuasa-kuasa Barat berubah corak
ØMereka mencari pusat perdagangan dan mengusai tanah jajahan yang dapat membekalkan bahan-bahan mentah bagi keperluan kilang secara berterusan
ØRevolusi perindustrian membolehkan pengeluaran barangan secara besar-besaran
ØKepesatan pengeluaran barangan kilang menyebabkan kawasan pasaran yang lebih luas perlu dicari untuk memasarkan barangan tersebut supaya keuntungan dapat dimaksimumkan
KEDATANGAN KUASA BARAT PADA ABAD KE-19 DAN KE-20
Perkembangan industri kereta
ØKemunculan perusahaan kereta dan penghasilan tayar menyebabkan permintaan getah asli meningkat
ØGetah asli juga merupakan bahan penting dalam perusahaan penebat barangan elektrik
Kesuburan tanah dan kekayaan hasil bumi
ØNegara kita mempunyai tanah yang luas, subur dan iklim yang sesuai untuk tanaman berorientasikan eksport seperti getah, tebu, tembakau dan padi
ØKekayaan hasil bumi seperti biji timah, biji emas, petroleum dan arang batu
Indutri mengetin
ØAbad 19, Amerika Syarikat menggunakan biji timah untuk industri mengetin makanan dan minuman, membuat bumbung rumah dan tong minyak
ØHarga biji timah melambung tinggi
ØTahun 1840, permintaan biji timah dari negeri-negeri Melayu bertambah pesat
Pembukaan Terusan Suez
ØTerusan Suez menghubungkan Pelabuhan Said di Laut Mediterranean dan Suez di Laut Merah
ØMempercepat urusan perdagangan
ØPerdagangan antara Alam Melayu dan benua Eropah semakin bertambah
Ciptaan kapal wap
ØAbad ke-19 kapal wap dicipta
ØKapal wap dapat membawa muatan yang banyak, perjalanannya lebih cepat dan menjimatkan kos
ØPenghantaran barang dagangan menjadi semakin murah dan mudah
Persaingan kuasa Barat
ØPersaingan antara kuasa-kuasa Barat seperti Britain, Jerman, Perancis, Sepanyol dan Amerika Syarikat dalam kegiatan menakhluki kawasan atau wilayah di luar Eropah
ØBerperang untuk mendapatkan tanah jajahan
ØKuasa-kuasa Barat menganggap semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan yang diperoleh kuasa-kuasa Barat itu
Ciptaan telegraf
ØCiptaan teknologi telegraf membolehkan ahli perniagaan di benua Eropah dan Amerika Syarikat menghubungi ejen atau wakil mereka di Tanah Melayu dengan cepat
Selogan “beban orang putih”
ØKuasa Barat berhasrat untuk menyebarkan pengaruh dan tamadun mereka ke seberang laut
ØMereka menggunakan pelbagai slogan untuk mewajarkan tindakan mereka
ØMereka berhujah bahawa peradaban mereka lebih tinggi berbanding dengan kebudayaan penduduk yang dijajah bagi merasionalkan penjajahan mereka
ØMereka menggunakan slogan “beban orang putih” yang bermaksud tanggungjawab dan tugas mereka adalah untuk membantu dan memberikan kesejahteraan kepada peribumi dan wilayah yang dijajah oleh mereka
ØKuasa Perancis menggunakan muslihat “Tugas Menyebarkan Tamadun” kepada penduduk dunia bukan Barat yang dianggap mundur
1.3 PERSAINGAN KUASA BARAT UNTUK MENDAPATKAN TANAH JAJAHAN
Pengenalan
ØKuasa-kuasa Barat berlumba-lumba untuk meluaskan penjajahan mereka demi kepentingan ekonomi mereka
ØAmerika Syarikat, Belgium, Jerman, Itali turut menyertai perlumbaan mendapatkan tanah jajahan
ØSabah dan Sarawak kaya dengan bahan mentah dan kawasan pasaran
1.4 PERBEZAAN STRATEGI KUASA BARAT UNTUK MENGUSAI NEGARA KITA
Pengenalan
ØTerdapat strategi yang berdiplomasi dan bersifat agresif
ØPortugis menggunakan strategi menyerang semasa menjatuhkan Kesultanan Melayu Melaka yang berpusat di Melaka
ØBelanda menggunakan strategi serangan fizikal, perjanjian dan pakatan kuasa Barat untuk mendapatkan wilayah atau jajahan
ØBritish menggunakan strategi yang lebih bersifat diplomasi berdasarkan isu dan faktor setempat
ØTahun 1873, Parti Konservatif mengambil alih pimpinan kerajaan Britain daripada Parti Liberal
ØKerajaan baharu menukarkan dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan British di negeri-negeri Melayu
ØDasar campur tangan bermaksud British melibatkan diri secara langsung dalam pentadbiran di negeri-negeri Melayu
ØKerajaan British di London mengambil keputusan untuk campur tangan dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu demi menjaga kepentingan ekonomi British
ØAndrew Clarke dihantar untuk menggantikan Gabenor Harry Ord
ØBeliau mencari alasan untuk memaksa pemerintah tempatan menerima naungan dan campur tangan British
ØBritish menggunakan pelbagai strategi dan meluaskan kuasanya di negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak
Strategi kuasa Barat untuk meluaskan kuasa negara kita
STRATEGI BELANDA
Serangan fizikal
ØBelanda berperang dengan penduduk tempatan di Pulau Pangkor (1650) dan Kuala Perak (1651) disebabkan dasar monopoli biji timah di Belanda
ØTahun 1763, Belanda berperang dengan Selangor dan Rembau kerana bimbang penguasaan Selangor ke atas Selat Melaka
ØTahun 1782, Belanda berperang dengan Johor dan Selangor kerana masalah perebutan perairan Selat Melaka
ØTahun 1784 dan 1785, Belanda berperang dengan Selangor di Kuala Selangor
Perjanjian
ØTahun 1650, Belanda mengadakan perjanjian dengan Perak untuk mendapatkan biji timah
ØTahun 1786, Belanda mengadakan perjanjian dengan Selangor
ØSultan Ibrahim bersetuju menjual biji timah kepada Belanda
Pakatan
ØTahun 1641, Belanda membuat pakatan dengan Johor dan berjaya mengalahkan Portugis di Melaka
ØBelanda mengadakan pakatan dengan British dan bersetuju memeterai Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
Manipulasi
ØBritish mendapatkan Singapura
ØTahun 1871, berlaku perebutan takhta di Perak
ØBritish campur tangan
ØKejadian lanun merompak kapal dagang British di Selangor dan menyerang rumah api di Tanjung Rachado menjadi alasan British untuk campur tangan
ØKonflik antara dua pembesar di Sungai Ujong,Negeri Sembilan menyebabkan British campur tangan
Tipu helah
ØBritish mendapatkan Pulau Pinang melalui tipu helah
ØFrancis Light menggunakan tipu helah kepada Sultan Kedah
Pakatan
ØBritish mendapatkan Melaka
ØBritish dan Belanda memeterai Perjanjian Inggeris-Belanda1824
ØBritish berjaya mendapatkan Melaka manakala Belanda memperoleh Bangkahulu
Ugutan / desakan
ØAgar sultan menerima Residen British di Selangor dan Pahang bagi menasihati pentadbiran negeri masing-masing
ØJames Brooke mendesak sultan Brunei dan menuntut diiktiraf sebagai Raja Sarawak
Perjanjian
ØBrtish mendesak Sultan Perak, Sultan Selangor, Yamtuan Seri Menanti dan Sultan Pahang memeterai perjanjian menerima naungan British
ØSultan Brunei bersetuju mengiktiraf James Brooke menjadi Raja Sarawak yang merdeka
Pajakan
ØBritish dapat meluaskan pengaruhnya ke atas Sabah
Serangan fizikal
ØBritish menyerang Naning pada tahun 1831 dan 1832 kerana Penghulu Naning Dol Said enggan tunduk kepada British